News
PDRM Lancar MyBayar Saman: Diskaun Saman 50% Hingga 11 April 2021
Perhatian kepada orang ramai yang mempunyai kompaun atau saman trafik yang masih belum dijelaskan, anda kini berpeluang untuk membayar saman dengan diskaun 50% melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman. Berikut adalah tujuan dan cara pembayaran saman melalui aplikasi dan portal MyBayar Saman.
PDRM Lancar Portal Dan Aplikasi MyBayar Saman
MyBayar Saman ialah aplikasi terbaharu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan orang ramai membayar saman dengan mudah melalui portal dan aplikasi telefon berbanding kaedah sedia ada. Pelaksanaan MyBayar Saman ini adalah selaras dengan objektif MYDIGITAL iaitu inisiatif kerajaan bagi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022.
Pembayaran Melalui Portal
Untuk pembayaran saman melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat peribadi dengan betul.
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
- Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Butiran saman dipaparkan.
- Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
- Semak saman yang ingin dibayar.
- Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
- Pembayaran selesai.
Pembayaran Melalui Aplikasi
Bagi pembayaran saman melalui aplikasi, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play dan App Store.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat peribadi dengan betul.
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
- Klik butang ‘Semakan Saman’ di menu utama.
- Butiran dipaparkan.
- Klik butang ‘Bayaran Saman’ di menu utama.
- Pilih saman yang hendak dibayar.
- Pilih mod bayaran.
- Butiran transaksi bayaran dipaparkan.
- Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.
Saman Tidak Layak Diskaun
Sempena pelancaran MyBayar saman pada 25 Mac 2021, PDRM telah menawarkan pengurangan bayaran saman sebanyak 50% kepada orang ramai yang belum menjelaskan saman tersebut melalui portal atau aplikasi MyBayar Saman.
Secara umumnya, semua saman trafik layak mendapat diskaun sebanyak 50% tersebut kecuali:
- Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021
- Saman status No Compound (NC) Tahun 2018/2019/2020 dan 2021
- Saman status bicara mahkamah
- Saman Berkaitan Kesalahan M/Lori
- Saman Potong Secara Bahaya/Potong Q Tahun 2020/2021
- Saman menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020/2021
- Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020/2021
- Saman potong di garisan berkembar tahun 2020/2021
- Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman, sila hubungi Cawangan Pengurusan Saman PDRM di talian 03-2266 3346/47.
Sumber: PDRM
—
Artikel Berkaitan: