Bantuan Kerajaan
PEMERKASA: Penebusan Kredit eWallet RM150 Menerusi Program eBelia
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah bentangkan tentang Program eBelia dalam Belanjawan 2021. Pada awalnya kerajaan telah telah bersetuju untuk memberikan kredit eWallet sebanyak RM50 kepada belia. Namun, setelah itu, beliau bersetuju untuk meningkatkan jumlah tersebut kepada RM100. Menerusi PEMERKASA, kerajaan telah menaikkan lagi jumlah tersebut kepada RM150.
Kredit eWallet RM150 Untuk Belia
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac lalu telah mengumumkan bantuan terbaharu iaitu PEMERKASA. Inisiatif ini, mengandungi 5 fokus dan 20 inisiatif pemulihan ekonomi bagi merancakkan kembali ekonomi negara susulan pandemik COVID-19.
Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) ini, golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia bakal menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia. Program ini bertujuan untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia di dalam negara. Dengan pelaksanaan Program eBelia ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta yang memanfaatkan 2 juta belia di seluruh negara.
Kategori Belia Yang Layak Membuat Penebusan
Penebusan kredit eWallet menerusi Program eBelia ini hanya layak untuk belia dalam kategori berikut:
- Belia berumur 18 sehingga 20 tahun.
- Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa.
Tarikh Penebusan Kredit
Dalam pembentangan Pemerkasa tersebut, Perdana Menteri memaklumkan bahawa Program eBelia ini akan dilaksanakan mulai Jun 2021.
Cara Penebusan Kredit
Setakat ini, pihak kerajaan masih belum memaklumkan cara untuk membuat penebusan kredit menerusi Program eBelia ini. Walau bagaimanapun, penebusan boleh dibuat menggunakan aplikasi eWallet seperti:
- Touch n Go eWallet
- Boost
- Grab Pay
Maklumat lanjut mengenai Program eBelia ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sumber: Semak Online
Artikel Berkaitan: