Uncategorized

Mudahnya Raya Ada Pau Ahmad, Siap Ada Promo Raya Lagi Sekarang!

Sedapnya teringatkan Pau Ahmad~ Korang tak pernah cuba ke? Eh, bukan main popular lagi Pau Ahmad ni, lagi-lagi yang mencari makanan ringan yang lazat dan senang disediakan! Memang pilihan ramai lah sejak 1985. Paling best, produk mereka Halal! Ha, alang-alang, jom kami kenalkan!

Pau Ahmad, Hero Raya Korang

Raya Pau Ahmad
Photo: Halal Foodie

Macam biasa di pagi Raya, memang semua orang terpaling sibuk nak bersiap kan? Jadi, inilah masa yang paling sesuai untuk cuba Pau Ahmad! Bolehlah dijadikan santapan sebelum mula berkunjung ke rumah sanak-saudara atau untuk tetamu yang datang beraya. Confirm, mak-mak yang datang akan cakap – eh sedap sangat, macam homemade!

Raya Pau Ahmad
Photo: Halal Foodie

Pertama sekali korang wajib cuba Mini Pau Kurma. Kecil je saiz sesuai dijadikan cemilan atau hidangan ringan dimana-mana saja! Gigitan pertama, pasti korang akan jatuh cinta dengan kelembutan pau dan rasa inti kurma yang harum dan manis memikat hati.

Photo: Halal Foodie

Ada Mini Mantou Kurma juga. Mantou ni macam pau, tapi bentuknya bulat dan lembut seperti awan. Bila digigit, rasa kurma yang manis dan lembut selubungi mulut. Sesuai untuk dimakan sebagai hidangan penutup atau cemilan waktu petang.

Kalau ada kanak-kanak di rumah, memang sesuailah sediakan Mantou & Pau mini untuk diorang! Kecil-kecil tak membazir.

Raya Pau Ahmad
Photo: Halal Foodie

Yang terakhir, Roti Paratha Kurma. Roti lembut dengan rasa kurma – boleh dimakan waktu sarapan! Kalau dipadankan dengan teh atau kopi panas – fuh, memang perfect. Tekstur roti yang gebu dan rasa kurma yang kaya akan buat sarapan korang makin berselera!

Bukan Setakat Pau Saja

Photo: Pau Ahmad (Facebook)

Sejarah Pau Ahmad ni panjang tau. Dari tahun 1985 lagi. Jadi, tak mungkinlah ada pau saja kan? Pelengkapnya juga ada seperti lauk pau dan dim sum. Paling best, semuanya disahkan Halal dan senang untuk disediakan! Tinggal rebus atau goreng – dah siap!

Ada Promo Raya Lah!

Raya Pau Ahmad
Photo: Halal Foodie

Jap! Pau Ahmad ada promo Raya yang korang tak boleh terlepas. Harga sangatlah berpatutan:

  • Beli 2 Pau Ahmad Kurma Paratha cuma RM9.99
  • Beli 2 Pau Ahmad Kurma Mini Pau cuma RM9.99
  • Beli 2 Pau Ahmad Kurma Mantou cuma RM6.29
Raya Pau Ahmad
Photo: Pau Ahmad (Facebook)

Tak habis lagi! Ada DISKAUN 20% lagi untuk semua siri Pau Ahamad Kudapan (Finger Food) dan siri Pau Ahmad Siew Mai. Wow, jimat giler! Korang tinggal buka Shopee atau Lazada, klik klik dan dah terus sampai produk Pau Ahmad. Ha, tunggu apa lagi? Raya dah dekat ni –  ni lah masa untuk stock up Pau Ahmad dalam peti ais. Selamat Hari Raya!

Pautan: Website | Facebook | Instagram

Baca Juga: Nak Sihat Berseri Di Hari Raya Seperti Farah Ann? Mudah Je Dengan Swisse

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close