News
“Scam Macam Ni Aku Terima” Cara Kelakar Si Cilik Ini Berniaga Mencuit Hati Netizen
Bukan selalu kita dapat lihat anak kecil yang pandai berniaga. Mungkin disebabkan itu jugakah kita tak kisah berikan wang lebih apabila membeli dengan mereka. Yelah, kenalah bagi galakkan supaya dia terus rajin bekerja kan?
Minta Keropok Lekor RM3, Dia Bubuh RM5
Dikongsi oleh @_muhaimin26 di Twitter, kejadian yang lucu ini berlaku semasa dia nak beli keropok lekor di gerai tepi jalan berdekatan Fitri Fruits di Bukit Baru, Melaka. Salah seorang penjaga kedai tu adalah budak lelaki yang kecil. Bila Muhaimin minta keropok lekor berharga RM3, si cilik ni letak lebih. Bila ditanya harga lagi sekali, eh, dah jadi RM5 pulak. Haih, pening-pening. Nasib baiklah pelanggan tu terhibur dengan kau dik.
Comel je adik ni jual keropok lekor..
Dia tanya abang nak berapa ringgit ?..
Saya jawab tiga ringgit jer..
Dia pun letak dalam plastik..
Saya tanya balek macam banyak je, berapa ringgit tuu ?..
Dia jawab lima ringgit..
oke onz.. ? pic.twitter.com/R4JQVgQo2B
— Muhaimin ? | ???? (@_muhaimin26) September 16, 2021
Pandai Betul Berniaga
Rupa-rupanya budak ni selalu bantu makciknya berniaga. Kalau bukan meniaga dekat gerai, dia buat Live Shopee pulak. Rajinnya!
Teknik Marketing Tu Kena Betul
Di ruangan komen, memang ramailah yang terhibur dengan kerenah adik ni.
Semoga Terus Rajin Berusaha
Dari kecil lagi dah pandai berniaga, semoga adik ni dapat membesar menjadi seorang usahawan yang berjaya di masa hadapan. Kalau anda berpeluang jumpa kanak-kanak yang rajin berniaga macam ni, jangan lupa untuk support diorang okay?
Artikel Berkaitan: