Ramadan

SHMMP: Senarai Harga Maksimum Barangan Terkawal Aidilfitri 2021

Awas jangan tertipu!

Perasan tak? Kebelakangan ini, harga barang-barang mentah seperti ayam dan telur telah naik secara mendadak. Hairan. Adakah peniaga sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang? Adakah kita tidak mempunyai bekalan barang mentah yang mencukupi? Apa-apapun alasannya, sebagai pengguna yang bijak, anda haruslah pastikan yang anda peka dengan harga semasa. Anda boleh rujuk dahulu senarai harga barang terkawal di musim perayaan ini supaya anda tidak tertipu dengan peniaga nanti.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP)

Kementrian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 berkuat kuasa 21 April hingga 20 Mei ini. Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia adalah sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga barangan keperluan semasa bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri yang akan disambut pada 13 Mei ini.

“Tempoh kuat kuasa bagi SHMMP Hari Raya Puasa adalah selama 30 hari iaitu 22 hari sebelum perayaan, ketika hari perayaan, dan tujuh hari selepas perayaan,”

Sehingga kini, musim perayaan merangkumi:

  • Hari Raya Puasa
  • Tahun Baru Cina
  • Depavalu
  • Hari Krismas
  • Pesta Kaamatan
  • Hari Gawai

Senarai Barangan Dengan Harga Terkawal Musim Perayaan

Tambahnya lagi, Kementerian telah mengenal pasti 12 jenis barangan termasuk ayam, daging, telur dan ikan bagi pelaksanaan skim kawalan harga berkenaan.”Pengumuman 12 barangan ini adalah susulan berlaku peningkatan harga mndadak sejak kebelakangan ini,” katanya dalam sidang media pengumuman SHMMP di kementeriannya di sini, hari ini.

Kategori Ayam

1. Ayam Hidup

2. Ayam Standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)

3. Ayam Super (Disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)

Kategori Daging

4. Daging Lembu Tempatam (Semenanjung & Sabah Sahaja)

5. Daging Lembu Import (Sarawak Sahaja)

6. Daging Kerbau Import (India) (semenanjung, Sabah & WP Labuan Sahaja)

Kategori Telur Ayam

7. Telur Ayam Gred A (65.0 gram hingga 69.9 gram)

8. Telur Ayam Gred B (60.0 gram hingga 64.9 gram)

9. Telur Ayam Gred C (55.0 gram hingga 59.9 gram)

Kategori Hasil Laut

10. Ikan Kembung termasuk Ikan Mabung (7-10 ekor/kg)

11. Ikan Aya/Tongkol (1-2 ekor/kg) (Pahang, Terengganu, & Kelantan sahaja)

12. Ikan Selayang (7-10 ekor/kg)

Senarai Harga Barangan Kawalan Hari Raya Aidilfitri 2021

Terdapat beberapa jenis barangan keperluan di bawah skim ini dikenalpasti sebagai barangan harga terkawal musim perayaan yang telah ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam tempoh tertentu. Skim ini telah dilaksanakan di seluruh negara dengan harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kawasan dan daerah.

Berikut adalah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 bagi barangan kawalan yang ditetapkan oleh KPDNHP. Skim ini berkuatkuasa bermula 21 April- 20 Mei 2021 (30 hari)

Kewajipan Peniaga

  1. Meletakkan label berwarna merah jambu khusus bagi barangan harga terkawal sahaja. Label tersebut hendaklah menunjukkan harga bagi setiap unit, perihal dan gred atau kualiti barang berkenaan.
  2. tidak boleh menjual barangan tersebu melebihi harga maksimum yang ditentukan.
  3. Memastikan bekalan barang harga terkawal yang dijual mencukupi.

Denda boleh dikenakan bagi peniaga yang ingkar atau tidak mengikuti harga barang kawalan yang ditetapkan oleh KPDNHEP.

  • Orang Perseorangan – Maksimum RM100,000 dan/atau tiga tahun penjara
  • Pertubuhan Perbadanan – Maksimum RM500,000

Aduan Pengguna

Sebarang aduan berkaitan harga barang kawalan yang tidak mematuhi had yang dittapkan ini, pengguna boleh membuat aduan ke saluran dibawah. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk membeli-belah dengan lebih bijak.

No. Tel: 1800-886-800

Pautan: E-Aduan | Astro Awani | Kerja Kosong

Artikel Berkaitan: 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close