Ramadan

SOP Aktiviti Masjid Dan Surau Pada Bulan Ramadhan Di Negeri PKPP & PKPB

Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua aktiviti ibadah di masjid dan surau sepanjang Ramadan termasuk solat Tarawih, telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berikut adalah penerangan ringkas bagi aktiviti dan protokol yang telah diselaraskan.

SOP Ibadah Sepanjang Ramadan Di Masjid Dan Surau

SOP yang dijelaskan adalah untuk semua masjid dan surau di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Manakala, pelaksanaan di Wilayah Persekutuan dan rujukan pelaksanaan di negeri lain.

Solat Berjemaah, Solat Jumaat, Solat Tarawih dan Qiamullail

  • Solat berjemaah Solat Jumaat, Solat Fardhu 5 waktu, Solat Tarawih dan q iamullail dibenarkan
  • Penyertaan jemaah lelaki wanita dan kanak kanak adalah dibenarkan mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

Majlis Ilmu dan Tadarus al Quran

  • Majlis ilmu seperti tazkirah kuliah dibenarkan kecuali pada waktu antara pelaksanaan Solat Sunat Tarawih
  • Tadarus al Quran dibenarkan mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

Program Berbuka Puasa, Moreh Sahur dan Bubur Lambuk

  • Program berbuka puasa dan moreh di masjid dan surau adalah tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri Jawatankuasa Masjid Surau digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada para Jemaah.
  • Jamuan sahur boleh disediakan secara berbungkus kepada jemaah yang menyertai qiamullail.
  • Program memasak dan mengedar Bubur Lambuk dibenarkan secara berbungkus kepada Jemaah.

Pembayaran Zakat Fitrah

  • Pembayaran zakat fitrah secara manual atau terus kepada amil dibenarkan di samping pembayaran secara dalam talian online melalui kaedah yang ditetapkan adalah digalakkan.

Kawalan Penularan dan Jangkitan

  • Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah.
  • Pemakaian pelitup muka adalah DIWAJIBKAN.
  • Kerap melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wudhu’
  • Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu satu masa.

Kawalan dan Pengesanan

  • Jawatan kuasa masjid surau hendaklah mempunyai petugas yang mencukupi bagi membantu kawalan jemaah.
  • Kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau direkodkan secara manual di dalam buku kehadiran sekiranya tiada capaian internet.

Pengurusan Jemaah

  • Penyediaan khemah di perkarangan masjid surau bagi tujuan menampung kehadiran jemaah adalah dibenarkan dengan penjarakan sekurang kurangnya satu 1 meter.
  • Masjid dan surau hendaklah mewujudkan pasukan petugas yang terdiri daripada lelaki dan wanita untuk mengawal jemaah yang hadir ke masjid dan surau.
  • Pusat jagaan kanak kanak tidak dibenarkan dibuka sepanjang Ramadan di masjid dan surau.

Etika Jemaah

  • Wajib memakai pelitup muka
  • Elakkan aktiviti bersalaman sesama yang hadir
  • Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan teratur serta menjaga penjarakan yang terkawal
  • Jemaah digalakkan membawa sejadah sendiri
  • Jemaah dipastikan terus bersurai dalam keadaan tenang
  • Jemaah hendaklah mengambil wudhu’ di rumah, namun dibenarkan memperbaharuinya di masjid surau.

Tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh MKN, KKM, PBT dan pihak berkuasa agama negeri. Lain-lain arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara & Jabatan Perdana Menteri

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close