Kita Jaga Kita

Tak Cukup Duit Nak Bayar Ubat Anak, Seorang Ibu Dibantu Oleh Pekerja Pusat Perubatan

Nampak masih ada harapan lagi untuk rakyat Malaysia! Waktu-waktu beginilah penting untuk kita saling membantu ya rakan-rakan! Kadang-kadang bantuan yang kecil pun akan dihargai oleh orang yang memerlukan.

Tidak Mampu Untuk Membayar Kos Ubat Anak Di Pusat Perubatan Swasta

Kisah ini dikongsikan oleh @anne-nma di Twitter. Menurut Anne, kejadian itu berlaku dalam lebih kurang pukul 10 malam di Pusat Perubatan Intan, Kuala Terengganu. Anne perlu hantar ayahnya ke klinik dan sudah tentu pada waktu itu banyak klinik yang tutup. Jadi mereka menuju ke Pusat Perubatan Intan yang buka 24 jam.

Nak dijadikan cerita, Anne terdengar perbualan diantara pekerja kaunter farmasi dengan seorang pelanggannya. Wanita tersebut ingin membayar ubat anaknya. Tapi, lepas wanita itu tahu bahawa harga ubat tu adalah lebih daripada RM60, beliau cuba untuk menggunakan kad perubatan bantuan kerajaan. Sayangnya kad itu tidak diterima di pusat perubatan tersebut. Wajah wanita tersebut terus berubah.

Memutuskan Untuk Tidak Ambil Ubat Tersebut

Dengan wajah yang jelas kelihatan sedih, wanita itu kata pada pekerja kaunter farmasi, “Takpe lah, saya tak ada duit. Saya tak nak ubat.” Jelas sekali perkara ini sangat mengejutkan! Wanita itu pun sudah mula membuka langkah untuk pulang. Tetapi beliau terus dihalang oleh pekerja kaunter tersebut.

Dengan Tidak Teragak-Agak Terus Tawarkan Bantuan

“Eh mana boleh. Awak tak kesian ke anak awak sakit?” terjerit sedikit pekerja farmasi itu kerana wanita tersebut kelihatan seperti sudah ingin melarikan diri. “Takpe awak ambil la ubat ni, simpan kad tu. Takpe, saya bayarkan.” sambungnya lagi.

Wanita tersebut pun datang semula setelah mengambil anaknya dari suami beliau. Seperti tidak percaya, wanita tersebut tanya semula untuk mendapatkan kepastian, “Takpe ke? Saya tak boleh bayar ni.” Lalu pekerja farmasi itupun cakap sekali lagi yang dia akan bayarkan kos perubatan anak wanita tersebut.

Tidak Putus-Putus Berterima Kasih

Setelah semuanya selesai, wanita tersebut tidak putus-putus berterima kasih sambil bergerak keluar. Keluarga tersebutpun berlalu pergi dengan menaiki motosikal yang usang. Anne yang terharu dengan situasi tersebut tawarkan diri untuk tolong bayarkan kos perubatan wanita tadi sekaligus bayar ubat untuk ayahnya. Tetapi pekerja kaunter tersebut menolak. “Takpe, takpe, ubat dia saya bayarkan. Takpelah, kesian dia”.

Didalam bebenangnya yang terakhir, Anne memanjangkan doa kepada pekerja tersebut kerana tidak kekok untuk membantu orang yang berada didalam kesusahan. Lebih-lebih lagi didalam situasi kita sekarang dimana semua orang sedang berjuang untuk hidup.

Sumber: Twitter

Artikel Berkaitan:

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close