Covid-19
Vaksin COVID-19: Sistem Tempahan Untuk Vaksin AstraZeneca Akan Dibuka
Kerajaan akan memulakan pemberian vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca kepada pemohon sukarela menerusi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata tindakan berkenaan diambil susulan mempertimbangkan kegusaran rakyat mengenai keselamatan vaksin itu.
Pemberian Vaksin COVID-19 AstraZeneca Kepada Pemohon Sukarela
Menurutnya lagi, satu sistem tempahan untuk vaksin AstraZeneca akan dibuka untuk orang ramai berusia 18 tahun ke atas secara first come first served. Vaksin ini akan diberikan di satu pusat vaksinasi berasingan.
“Selain memberi peluang kepada orang ramai atas dasar keyakinan diri sendiri untuk ambil vaksin AZ, ini penting untuk memastikan program vaksin terus berjalan dan negara dapat capai imuniti kelompok. Semua berumur 18 tahun ke atas yang layak untuk PICK dibenarkan mendaftar untuk vaksin AZ selaras dengan kelulusan yang diberi oleh National Recreation and Park Association (NRPA)”
Sumber: Vaksin COVID-19 (Twitter)
Artikel Berkaitan: