Ramadan
Zakat: Kadar Zakat Fitrah 2021 Setiap Negeri Di Malaysia (1442 H)
Dalam tempoh PKPP / PKPB ini, banyak kaedah yang telah disediakan untuk melaksanakan ibadah Zakat Fitrah Ramadan 1442 H / 2021 M dengan lebih efisyen. Tatacara ini boleh digunapakai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Selain itu, beberapa buah negeri juga telah menetapkan lebih daripada satu kadar yang boleh dipilih oleh setiap individu mengikut kemampuan.
Apakah Zakat Fitrah?
Jumhur fuqaha’ bersepakat bahawa WAJIB mengeluarkan zakat fitrah bagi setiap orang Islam yang hidup di dalam bulan Ramadhan ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Umar RA, sabda Nabi SAW:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan ramadan ke atas setiap manusia sebanyak satu gantang dari tamar dan gantang gandum (makanan asasi) bagi setiap yang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan
Syarat Wajib Zakat Fitrah
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oktober 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah.
Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggunganya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kaedah Bayaran
Kaedah bayaran yang disediakan di setiap negeri adalah seperti berikut:
- Bayaran dalam talian adalah DIUTAMAKAN.
- Bayaran melalui Amil Zakat
Untuk makluman, dalam tempoh PKP ini, pembayaran zakat fitrah adalah diutamakan secara ONLINE, terutamanya bagi kawasan yang dikenakan PKPB / PKPD. Ia juga lebih mudah, pantas dan selamat.
Namun, anda juga boleh membuat bayaran secara manual di Kaunter Bayaran Zakat Fitrah yang akan dibuka seperti maklumat berikut:
- Kaunter zakat fitrah dibuka di Masjid
- Kaunter zakat fitrah dibuka ditempat awam seperti kompleks membeli belah, pasar terbuka, stesen minyak dan premis perniagaan.
*Perlu diingatkan, amil dan pembayar mesti mematuhi peraturan/ SOP yang telah ditetapkan.
Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2021 Setiap Negeri Di Malaysia
Berikut adalah kadar bayaran zakat fitrah tahun 2021 bagi setiap negeri di Malaysia.
Negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar zakat – setiap pembayar zakat dibolehkan memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka.
Contoh:
- Kadar wajib di Wilayah Persekutuan adalah RM5 yang ditetapkan bagi meringankan beban umat Islam kurang berkemampuan untuk menunaikan zakat fitrah sewaktu pandemik Covid-19 masih melanda ketika ini.
- Manakala dua lagi kadar adalah RM7 dan RM14 ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan serta ingin membayar zakat fitrah secara gandaan mengikut jenis beras dimakan. ini bagi kategori orang yang lebih kelapangan harta.
- Bayaran zakat fitrah melebihi kadar minimum adalah digalakkan secara sukarela dan tanpa paksaan.
Cara Bayaran Zakat Fitrah Online
Selari dengan norma baharu, pelbagai platform pembayaran disediakan antaranya ePay. SnapNPay, e-Wallet Boost, JomPAY, dan melalui laman sesawang fitrah.zakat.com.my
Untuk memudahkan anda membuat pembayaran zakat online mengikut negeri, di sini kami kongsikan link rasmi bagi setiap Majlis Agama Islam Negeri:
- Perlis – Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis
- Kedah – Lembaga Zakat Negeri Kedah
- Pulau Pinang – Zakat Pulau Pinang
- Perak – eZAKAT Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak
- Selangor – Lembaga Zakat Selangor
- Negeri Sembilan – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
- Melaka – Majlis Agama Islam Melaka | Zakat Melaka
- Johor – Majlis Agama Islam Negeri Johor
- Pahang – Pusat Kutipan Zakat Pahang
- Terengganu – Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terengganu
- Kelantan – Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
- Sarawak – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS)
- Sabah – Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS)
- Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Waktu Bayaran
Tempoh waktu membuat bayaran zakat fitrah terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut:
1. Waktu Wajib:
Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada akhir Ramadan (malan Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
2. Waktu Sunat:
Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makhruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
3. Waktu Haram:
Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru, siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Sumber: Harian Post
Artikel Berkaitan: