Rindu betul nak melancong ke luar negara! Setelah 2 tahun lamanya kita dilanda pandemik, akhirnya sudah sampai waktu untuk kita berhubung semula dengan dunia. Kepada kaki-kaki ‘travel’ di luar sana, sudahkah anda bersedia untuk lebarkan sayap anda? Sekiranya jawapan anda adalah ‘YA!’, jom kita tengok 13 negara yang anda wajib lawati bersama AirAsia setelah sempadan dibuka 1 April 2022 nanti!
13 Negara Yang Wajib Dilawati Bersama AirAsia Apabila Sempadan Malaysia Dibuka Pada 1 April 2022
Seperti yang kita tahu syarikat penerbangan seperti AirAsia mesti dah bersedia untuk ini! Berikut adalah senarai negara yang wajib dilawati beserta harga penerbangan yang sangat berbaloi. Harga ini juga boleh digunakan oleh mereka yang ingin melancong dalam tempoh 1 April 2022 – 25 April 2023. Anda boleh mula tempah tiket anda pada 27 Mac 2022 di https://airasia.onelink.me/F4uy/7f871854
1. Terbang Ke Thailand Bermula RM164
Ramai orang setuju yang anda wajib melancong ke Thailand paling kurang sekali seumur hidup anda. Negara ini dipenuhi dengan pantai yang memukau, kuil-kuil yang menarik, dan suasana yang sesuai untuk mereka yang gemar melancong secara ‘backpacking’. Tidak lupa juga aneka juadah yang menarik dan enak untuk dinikmati. Selain daripada itu, Thailand juga merupakan tempat yang sesuai untuk mereka yang gemar ‘shopping’!
Selain daripada Phuket, pelancong yang telah divaksin kini boleh melawati tiga lagi destinasi pantai yang popular – Krabi, Phang Nga, and Koh Samui. Tempat-tempat yang disenaraikan adalah sebahagian daripada projek perlancongan ‘Sandbox’, dimana pelancong antarabangsa dapat masuk ke Thailand tanpa perlu melalui tempoh kuarantin yang ketat dan panjang
Tekan di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang keperluan untuk melancong ke Thailand.
2. Terbang Ke Indonesia Bermula RM259
Indonesia terdiri daripada pelbagai pulau-pulau yang menyimpan pelbagai khazanah, budaya, landskap, dan bandaraya yang indah. Dengan lebih 13,500 pulau, Indonesia menawarkan pengembaraan yang menarik untuk semua orang. Anda boleh merayap di sekitar bandaraya Jakarta yang sibuk, atau cari ketenangan di kawasan perkampungan Tana Toraja. Sudah semestinya anda juga tidak boleh lepaskan peluang untuk bermandi-manda di pantai-pantai di Bali.
Apa pun pilihan anda, pengalaman ini pastinya akan membuat anda terpesona. Negara Indonesia kini telah membenarkan pelancong dengan visa yang sah untuk datang. Namun begitu, pelancong haruslah menunjukkan bukti vaksin serta melalui kuarantin. Pelancong juga diwajibkan untuk memuat turun aplikasi PeduliLindungi dan isi ‘Health Alert Card’ (e-HAC) untuk memudahkan proses ‘contact tracing’.
Tekan di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang keperluan untuk melancong ke Indonesia.
3. Terbang Ke Maldives Bermula RM399
Sungguhpun kecil, keunikkan Negara Maldives tidak kalah dengan mana-mana negara yang lain. Kerana pantainya yang dipelihara dengan cukup baik, kebanyakkan pelancong yang datang dapat menikmati pelbagai aktiviti akuatik di sini. Seperti menyelam bersama terumbu karang dan jerung, berkayak, dan bermain jet ski. Dengan laluan yang dipenuhi dengan kehijauan, pantai berpasir putih dan air yang biru, anda pasti akan menemui ketenangan disini.
Semua pelancong yang ingin ke Maldives dikehendaki untuk melakukan ujian COVID-19 dan mempunyai keputusan negatif 72 jam sebelum berlepas. Setibanya di Malé, Mereka akan diterbangkan dengan kapal terbang laut ke resort masing-masing dengan kadar sentuhan yang minima.
Tekan di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang keperluan untuk melancong ke Maldives.
4. Terbang Ke Singapura Bermula RM89
Sudah semestinya sebagai rakyat Malaysia, Singapura merupakan destinasi yang paling dekat untuk kita lawati. Ianya ideal untuk mereka yang baru nak berjinak dalam aktiviti melancong ke luar negara. Terkenal sebagai negara yang selamat, bersih dan moden, Singapura mempunyai banyak tarikan yang menarik untuk dilawati seperti Universal Studios Singapore dan Singapore Flyer. Yang paling penting, kita tidak akan ada masalah untuk berkomunikasi kerana rakyatnya turut menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Untuk melancong ke Singapura, kita dikehendaki untuk mendapatkan VTP (Vaccinated Travel Pass) dahulu sebelum dapat menaiki penerbangan VTL (Vaccinated Travel Lane). Pelancong juga dikehendaki untuk membuat ujian COVID-19 2 hari sebelum berlepas dan setelah tiba di Singapura.
Tekan di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang keperluan untuk melancong ke Singapura.
5. Terbang Ke India Bermula RM449
Ada banyak sebab kenapa anda wajib melancong ke India. Antaranya, India adalah negara yang indah dan terkenal dengan seni budaya purbanya. Disini anda dapat mengahayati keindahan alam, budaya, seni bina, dan sejarah kehidupan mereka yang berwarna-warni. Tak juga dilupakan juadah makanan mereka yang lazat dan kaya dengan rempah ratus.
Seperti kebayakkan negara lain, pelancong dikehendaki untuk melakukan ujian COVID-19 72 jam sebelum bertolak serta mengisi ‘self-declaration form’. Anda juga dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi Aarogya Setu untuk keselamatan bersama.
Tekan di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang keperluan untuk melancong ke India.
6. Terbang Ke Laos Bermula RM319
Laos merupakan tempat yang paling sesuai untuk mereka yang gemar berada bersama alam semula jadi, ataupun melakukan aktiviti-aktiviti lasak. Antara aktiviti yang menjadi pilihan pelancong adalah ‘trekking’ ke kawasan pergunungan atau hutan, berbasikal di kawasan kampung, atau berkayak di lebih 40 laluan sungai yang berbeza. Tak lupa juga anda juga boleh melawati perkampungan gajah!
Untuk melancong ke Laos, pelancong yang sudah divaksin dikehendaki untuk menyewa alat pengesan yang berharga 6 USD/ sehari.
Tekan di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang keperluan untuk melancong ke Laos.
7. Terbang Ke Filipina Bermula RM299
Dengan hamparan pasir putih yang panjang, Filipina mempunyai pantai-pantai dan lebih daripada 7,000 pulau yang indah untuk dilawati. Ianya juga rumah kepada pelbagai kejaiban alam yang terkenal seluruh dunia seperti sungai bawah tanah, kawasan sawah padi, dan lokasi menyelam yang kaya dengan hidupan laut. Selain daripada itu, pengangkutan yang berwarna-warni, dan festival yang cukup meriah menjadi bukti kepada keramahan dan kegembiraan penduduk disana.
Sekiranya anda ingin ke Filipina, anda dikehendaki untuk melakukan ujian COVID-19 48 jam sebelum bertolak, anda juga akan diminta untuk memuat turun aplikasi TRAZE CONTACT TRACING bagi memudahkan perjalanan anda.
Tekan di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang keperluan untuk melancong ke Filipina.
8. Terbang Ke Kemboja Bermula RM229
Kalau anda berminat untuk melancong secara ‘backpacking’, anda wajib meneroka Kemboja! Dengan tarikan Dinasti Khmer diselangi dunia moden, Kemboja merupakan tempat bersejarah yang cukup menawan untuk dilawati. Kalau dah sampai, anda wajib melawati pasar mereka yang mempunyai pelbagai jenis jualan seperti pakaian, cenderahati, makanan, barang kemas dan sebagainya.
Seperti yang anda tahu, pelancong dikehendaki untuk melakukan Ujian COVID-19 72 jam sebelum berlepas. Setelah tiba, anda perlu melakukan Rapid Test secara percuma dan sekiranya anda negatif, anda tidak dikehendaki untuk kuarantin.
Tekan di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang keperluan untuk melancong ke Kemboja.
9. Terbang Ke Bangladesh Bermula RM719
Setibanya anda di Bangladesh, anda tak boleh lepaskan peluang untuk melawat Old Town di Dhaka. Kebanyakkan tempat yang penting dan menarik terletak disitu. Dan cara yang paling mudah dan senang untuk berjalan-jalan dikawasan tersebut adalah dengan menaiki beca! Antara tempat menarik yang boleh dilawati adalah Lalbagh Fort, Ahsan Manzil, Bangladesh National Museum dan Shankharai Bazar.
Untuk mereka yang telah lengkap divaksin, anda tidak perlu membuat ujian COVID-19 sebelum berlepas, anda juga tidak perlu untuk kuarantin.
Tekan di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang keperluan untuk melancong ke Bangladesh.
10. Terbang Ke Sri Lanka Bermula RM439
Sekiranya anda tertarik dengan pasir pantai yang kuning keemasan, ombak yang tinggi bergulung dan gunung-ganang yang berkabus, anda mesti akan jatuh cinta dengan Sri Lanka. Dengan ladang tehnya yang luas, pulau ini menjadi rumah kepada pelbagai jenis haiwan terancam dan keindahan alam semula jadi yang tiada tandingannya. Tambahan lagi, penduduknya juga mempunyai pelbagai sambutan dan festival yang dijalankan sepanjang tahun!
Apabila melancong ke Sri Lanka, mereka yang sudah divaksin penuh tidak perlu melakukan ujian COVID-19.
Tekan di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang keperluan untuk melancong ke Sri Langka.
11. Terbang Ke Vietnam Bermula RM249
Adakah anda seorang penggemar makanan? Backpacker? Peminat Sejarah? Tak kiralah anda pelancong jenis apa pun, anda pasti akan memenuhi kehendak anda di Vietnam. Negara ini mempunyai sejarah kebudayaan tertua di Asia Tenggara sejak 2000SM. Selain daripada itu, anda boleh melakukan aktiviti lasak dikelilingi alam sekitar yang tidak terjejas dan indah. Jangan lupa untuk teroka ibu negara Vietnam – Hanoi juga tau!
Untuk melancong ke Vietnam adalah cukup mudah kerana anda tidak perlu lakukan sebarang saringan vaksin COVID-19.
Tekan di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang keperluan untuk melancong ke Vietnam.
12. Terbang Ke Brunei Bermula RM229
Sungguhpun Brunei Darussalam adalah negara yang kecil, ianya cukup menawan dan tenang. Terdapat banyak tempat yang cantik untuk bergambar dan yang paling penting negara ini tidak mempunyai begitu ramai pelancong! Jadi anda dapat menikmati semua keanggunan alam dan seni bina dengan tenang. Anda boleh berjalan disekeliling kawasan bandar dan pasar untuk menjiwai keunikan hidup di Brunei.
Untuk melancong ke Brunei, anda perlu melakukan ujian COVID-19 48 jam sebelum bertolak dan setelah tiba. Anda juga dikehendaki untuk memuat turun aplikasi BruHealth di dalam telefon pintar anda.
Tekan di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang keperluan untuk melancong ke Brunei.
13. Terbang Ke Australia Bermula RM1,599
Walaupun sedikit terpencil, Australia masih bangkit sebagai negara yang membangun dan moden! Ibu negaranya, Sydney, adalah tempat dimana anda dapat menghayati gaya hidup tepi pantai yang santai dan meriah. Anda juga pasti akan jatuh cinta dengan haiwan-haiwan eksotik dan air lautnya yang jernih dan biru! Dikatakan hamparan terumbu karangnya adalah yang terbesar di dunia!
Setiap pelancong akan dikehendaki untuk mengisi Digital Passenger Declaration (DPD) 72 jam sebelum sampai ke Australia. Pelancong juga dikehendaki untuk melakukan ujian COVID-19 sebelum bertolak.
Tekan di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang keperluan untuk melancong ke Australia.
Dimana Ada Kemahuan, Disitu Ada Jalan
Ambil peluang ini untuk meneroka negara lain sementara anda masih ada kesempatan! Jangan risau, keadaan kini sudah selamat untuk kita pergi melancong. Setelah sekian lama kita mengasingkan diri, sekaranglah masanya untuk melebarkan sayap anda. Ingat! Jauh perjalanan, luas pengalaman. Ingat ya, anda boleh mula membuat tempahan pada 27 Mac 2022! Tekan pautan ini https://airasia.onelink.me/F4uy/7f871854 untuk mulakan perjalanan anda.
Anda juga boleh rujuk jadual penerbangan terkini dari AirAsia: