Tempat Menarik

15 Tempat Menarik Terbaru di Melaka 2019

Don't mess with Melaka

Cari tempat untuk bercuti? Bandaraya Melaka adalah salah satu tempat di dunia yang telah diktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 2012. Melaka yang terkenal dengan slogan “Don’t mess with Melaka” ini bukanlah satu destinasi asing lagi sebagai lokasi percutian bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Banyak tempat yang menarik di Melaka menjadikannya salah satu pilihan terbaik bagi mereka yang ingin bersantai terutamanya bersama anak-anak.

15 Tempat Menarik di Melaka

Melaka sangat dikenali dengan pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi ketika hujung minggu mahupun ketika musim cuti sekolah. Walaupun banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi, penulis akan menyenaraikan 15 tempat menarik pada 2019 yang boleh dilawati ketika korang bercuti disana.

1. The Shore

The Shore ialah pusat membeli belah terbaru di  Melaka yang baru beroperasi sekitar tahun 2015. Datang jauh-jauh nak masuk mall saja? Baik tak payah. Opps korang salah. The shore menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik yang boleh korang cuba. Terdapat 4 tarikan utama disini iaitu:

#1 The Shore Sky Tower

Sumber: @merrissae

Sukakan aktiviti mencabar atau nak uji tahap keberanian korang? Ini antara tempat yang korang boleh kunjungi tanpa memakai baju sukan. The Shore Sky Tower berada di tingkat 43 bangunan ini dan sebaik sahaja lift terbuka, lantai lutsinar dan dinding kaca lutsinar akan menyambut kedatangan korang! Jadi korang akan dapat lihat infinity view kawasan Bandar Hilir Melaka.

🕑 10.30 AM – 11 PM

🎟️ RM25 (Dewasa),  RM18 (Kanak-Kanak)

#2 The Shore Toy Musuem

Tempat Menarik Melaka 2018
Sumber: @baizura_tohira

Selain Sky Tower, korang juga boleh terjah Toy Museum yang berada di tingkat satu bangunan yang sama. Apa yang menarik disini ialah korang boleh lebih dari 10,000 permainan edisi terhad yang datang dari pelbagai negara seperti Jepun dan Thailand. Setiap permainan tu semua ada ciri rekaan tersendiri yang akan membuatkan korang sangat teruja. Kalau kat museum lain tak boleh ambil gambar, kat sini korang boleh ambil gambar sesuka hati korang tau. Jadi bagi peminat kartun dan anime, ini adalah satu tempat yang korang kena masukkan dalam bucket list!

🕑 10.30 AM – 9 PM

🎟️ RM30 (Dewasa),  RM20 (Kanak-Kanak)

BACA LAGI: Makanan Sedap dan Viral Melaka 2019

#3 The Shore Oceanarium

Tempat Menarik Melaka 2018
Sumber: @anneventurouslife

Kalau korang ada anak kecil, The Shore Ocenarium ni mungkin pilihan terbaik yang akan membuat mereka teruja untuk mengenali pelbagai jenis haiwan di lautan. Bukan sekadar melihat tapi korang juga berpeluang untuk sentuh haiwan-haiwan yang berada dalam Touch Pool. Pastinya ia pengalaman yang mengujakan buat anak-anak dan juga korang sendiri. Selain itu, terdapat juga zon interaktif dimana korang boleh mencuba Magical Vacuum Aquarium dimana pengunjung perlu memakai cermin mata 3D untuk merasai pengalaman wayang 3D di dalam laut!

🕑 10 AM – 9 AM

🎟️ RM35 (Dewasa),  RM25 (Kanak-Kanak & Warga Emas)

#4 The Shore 3D Interactive Park

Tempat Best Melaka 2018
Sumber: @aliiieyy

Bukan sekadar pusat membeli belah! Selain 3 tempat diatas, The Shore juga mempunyai satu lagi tarikan menarik iaitu The Shore 3D Interactive Park. 3D Interactive Park yang dilengkapi pelbagai zon interaktif dan lukisan optical illusion  yang sangat cantik dan akan membuatkan anda menjadi mind blown! Bukan itu sahaja, bagi korang yang gemarkan perkara mistik atau elemen seram, korang boleh masuk rumah hantu kat sini. Hantu-hantu kat sini memang cukup real dan menakutkan. Jadi bagi yang lemah semangat, disarankan korang untuk tengok dari luar saja.

🕑 10 AM – 9 PM

🎟️ RM30 (Dewasa),  RM20 (Kanak-Kanak)

📍 Kampung Bunga Paya Pantai, 75100 Malacca

🕑 10 AM – 10 PM

📞 06 288 3833

2. Encore Melaka

Tempat Best Melaka 2018
Sumber: @michyhong

Sebaik saja sampai kat Encore Melaka, korang confirm akan tertawan dengan bangunan serba putih yang unik ni. Rekaan bangunan yang unik oleh Mr Wang Ge dari Beijing ini dengan finishing menggunakan porcelain dan menghasilkan tekstur yang sangat menarik dan sangat instagrammable. Sebenarnya Encore Melaka ialah sebuah teater berkenaan penduduk tempatan Melaka yang pasti akan menyentuh hati korang. Setiap hari akan ada pementasan dan harga untuk pemestasan bermula dari RM 128 untuk standard seat. Tapi kalau korang rasa taknak tengok pementasan teater, korang boleh juga datang ke sini untuk tengok sendiri keunikkan rekaan bangunan ni yang telah viral dan jadi port baru untuk orang ramai bergambar!

📍 No. 3, Jalan KSB – Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200, Melaka

🕑 5.30 PM & 8.30 PM (Isnin – Sabtu) , 2.30 PM & 8.30 PM (Ahad)

📞 06 270 7777

🎟️ Senarai Harga Penuh Pementasan Teater

3. The Stadthuys

Tempat Menarik Melaka 2018
Sumber: @tzuyinlu

The Stadthuys bermaksud Dewan Perbandaran dalam bahasa Belanda dimana tempat ini adalah signature place yang korang wajib kunjungi jika melancong ke Melaka. Bangunan serba merah ini ialah bangunan tinggalan Belanda yang tertua di Timur. Bukan sekadar bangunan yang seba merah, kawasan ni juga ada tarikan lain seperti Jam Besar dan Victoria’s Fountain yang menambahkan lagi kecantikkan di sekitar bangunan ini. Dan apa yang paling menarik, anda boleh berjalan-jalan di sini dan mengambil gambar secara percuma. Tapi, kalau korang berniat untuk melawat kawasan didalam The Stadthuys, bayaran yang dikenakan ialah RM5 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak. Siang mahupun malam, kawasan ini sentiasa dipenuhi orang ramai kerana kecantikkan kawasan ini.

📍 Persimpangan bulatan Jalan Quayside, Admiral Street, dan Jalan Chan Koon Cheng, Bandar Hilir Melaka

🕑 24 Jam ( Kawasan Luar) , 9 AM – 5.30 PM (Kawasan Dalam)

📞 06 282 6526

🎟️ Warga Malaysia: RM 5 (Dewasa), RM 2 (Kanak-kanak)

🎟️ Pelancong Luar:  RM 10 (Dewasa), RM 4 (Kanak-kanak)

4. River Cruise

Tempat Best Melaka 2018
Sumber: @iam_ahmad_hamzah

Kalau korang datang ke Melaka untuk pertama kali, aktivi wajib yang korang wajib lakukan ialah menyusuri keindahan Sungai Melaka dengan menaiki Melaka River Cruise. Sepanjang perlajanan pengunjung dapat menikmati permandangan yang indah termasuk cafe-cafe, hotel, jambatan-jambatan lama dan rumah penduduk tempatan dan grafiti yang berwarna-warni. Waktu yang terbaik untuk anda menaiki cruise adalah waktu senja keatas kerana permandangan pada waktu malam lebih cantik dengan limpahan lampu yang memancar ke air sungai. Terdapat 2 jeti yang korang pilih untuk menaiki river cruise iaitu Jetty Muara dan Jeti Taman Rempah yang mana perjalanan menyusuri sungai memakan masa 45 minit.

Tips: Jika korang ialah seorang pelajar, jangan lupa untuk bawa kad pelajar anda untuk harga yang lebih murah.

📍 River Cruise Taman Rempah Jetty, Jalan Tun Mutahir, 75300 Malacca

📍 Melaka River Park and Cruise, Jalan Laksamana, 75000 Malacca

🕑 9 AM – 11.30 PM

📞 06-281 4322/23

🎟️ Warga Malaysia: RM 13/18 (Dewasa), RM 6.50 (Kanak-kanak)

🎟️ Pelancong Luar:  RM 18/23 (Dewasa), RM 10 (Kanak-kanak)

5. Melaka River Pirate Park

Tempat Menarik Melaka 2018
Sumber: @suhanashohairi

Satu lagi tarikan yang menarik jika korang berkunjung ke Melaka bersama anak-anak ialah Pirate Park yang berada berhampiran River Cruise. Antara tarikan yang boleh didapati di Pirate Park ialah Rodeo Bull, Ferris Wheel, Rock Climbing, Pirate Ship dan Haunted Castle. Harga bagi setiap aktiviti pula bermula dari RM5 bagi setiap satu aktiviti. Pirate Park adalah sesuatu yang baru untuk dicuba ditepi Sungai Melaka yang sangat indah.

📍 Pirate Park (Taman Lanun)Jalan Tun Ali 4, 75300 Melaka

🕑 5 PM – 12 AM

📞 06-281 4322/23

🎟️ Senarai Harga Penuh Pirate Park

6. Villa Sentosa,Kampung Morten

Kampung Morten ialah ‘Living Museum’ yang terletak di Bandar Melaka bersebelahan dengan Sungai Melaka. Nama Kampung Morten berasal dari Frederick Joseph Morten iaitu Pesuruhjaya Inggeris pada tahun 1920 yang memainkan peranan dalam membina kampung tersebut. Suasana asli kamp

Tempat Best Melaka 2018
Sumber: @nettielfa

ung melayu disini tidak berubah walaupun telah melewati beberapa zaman. Pengunjung boleh melawat disekitar rumah-rumah penduduk tempatan. Salah sebuah rumah penduduk tempatan yang diberi nama Villa Sentosa telah ditukar menjadi musuem disini dimana pengunjung boleh masuk dan menjelajah kedalam rumah tersebut. Tiada bayaran dikenakan bagi memasuki Villa Sentosa namun pengunjung boleh memberi derma ikhlas kepada pemilik rumah. Jadi kalau korang nak merasai suasana kampung melayu Melaka asli, Kampung Morten adalah tempat yang sangat sesuai untuk dikunjungi dengan lokasinya yang strategik iaitu berhampiran Sungai Melaka.

📍Jalan Kampung Morten,75300, Melaka

🕑 9 AM – 5 PM (Rehat 1 PM – 2 PM) , 2.45 PM – 5 PM (Jumaat)

📞 06-2822988

🎟️ Percuma

7. Kota A’Famosa

Tempat Menarik Melaka 2018
Sumber: @_porto_cruz_

Kota A’Famosa ialah kawasan tinggalan Portugis yang kini boleh korang lawati di Melaka. A’Famosa bermaksud ‘Yang Termashur’ dalam bahasa Portugis telah dibina pada tahun 1511 dan masih kukuh sehingga kini. Fungsi A’Famosa pada masa dahulu ialah sebagai kubu pertahanan orang Portugis dari serangan orang-orang Melayu Melaka pada masa itu. Apa yang korang boleh buat kat sini ialah melawat sekitar kota dengan menaiki tangga sehingga ke puncak bukit.

Tempat ini sangat sesuai dilawati bukan sahaja kerana ianya percuma tertapi juga kerana lokasinya yang strategik iaitu berdekatan dengan Mahkota Parade dan Muzium Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka serta muzium-muzium lain yang juga sangat sesuai untuk dilawati oleh pelancong. Dikawasan bawah Kota A’Famosa terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan antaranya menaiki kereta kuda, membeli buah tangan dan membuat potret kenangan.

📍 A Famosa, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Malacca

🕑 24 Jam

📞 06-552 0888

🎟️ Percuma

8. Menara Tamin Sari

Tempat Best Melaka 2018
Sumber: @iam_ahmad_hamzah

Kalau korang nak menikmati pemandangan di seluruh Bandar Melaka dari atas, korang boleh kunjungi untuk menikmati pemandangan 360 darjah dari ketinggian 80 meter. Dari ketinggian ini, korang boleh spot beberapa tempat menarik seperti St.Paul, Independence Memorial Building, Samudra Museum, Flor De La Mar, Dataran Pahlawan, Masjid Selat, Pulau Besar dan Selat Melaka. Menara Tamin Sari akan memakan masa selama 7 minit sebelum turun semula kebawah. Pemandangan pada waktu malam juga tidak kurang hebatnya dengan limpahan lampu berwarna-warni di Melaka.

📍 Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

🕑 10 AM – 11 PM

📞 06-2881100 / 06-2813366

🎟️ Warga Malaysia: RM 17 (Dewasa), RM 11 (Kanak-kanak)

🎟️ Pelancong Luar:  RM 23 (Dewasa), RM 15 (Kanak-kanak)

9. Masjid Selat

Tempat Menarik Melaka 2018
Sumber: @ansteinsxnm

Masjid Selat ialah masjid yang dibina dengan rekaan masjid Jeddah dan uniknya masjid ini kerana ia direka di pulau buatan manusia dan masjid ini kelihatan seolah-olah terapung jika air pasang. Kecantikkan Masjid Selat tidak dapat dinafikan lagi apabila masjid ni sentiasa menjadi tumpuan pelancong tak kira dari dalam atau luar negara untuk mengambil gambar. Bagi pungunjung yang beragama Islam, korang pasti tersentuh apabila solat sambil dihembus bayu laut. Keindahan masjid ini lebih terserlah apabila waktu matahari terbenam.

📍 Jalan Pulau Melaka 8, 75000 Melaka

🕑 6 AM – 10 PM (Antara waktu solat)

📞 017-377 0309

10. Night Market Jonker Walk

Tempat Best Melaka 2018
Sumber: @piresvinicius_

Jonker Walk adalah salah satu lokasi yang wajib korang singgah kalau datang Melaka. Kalau korang nak cari buah tangan, inilah tempat yang sangat sesuai untuk korang beli. Dari keychain, fridge magnet, poskad hingga terompah, semuanya anda boleh dapatkan disini pada harga yang sangat berpatutan. Disiang hari deretan kedai-kedai disini dibuka didalam shop lot tetapi pada hujung minggu, korang boleh berkunjung ke Night Market di Jonker walk dimana semua pekedai akan menjual disepanjang Jonker Street.

📍 Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

🕑 6 AM – 12 AM

11. Mamee Jonker House

Tempat Menarik Melaka 2018
Sumber: @mischievous__hodophile

“Renyuk, Goncang, Makan”. Mamee Jonker House ialah concept store pertama di Malaysia setelah 40 tahun syarikat Mamee beroperasi. Memandang kilang Mamee terletak di Melaka, jadi concept store ini dibuka di Jonker Street yang mana ianya salah satu dari tempat tumpuan pelancong. Terdapat 4 tarikan utama di concept store ini yang korang boleh cuba iaitu:

#1 Mamee Cafe

Mamee Cafe ialah tempat yang korang boleh cuba makanan yang dicipta secara kreatif menggunakan Mamee Chef Tarik Noodles sebagai bahan utama. Antara makanan yang korang boleh cuba ialah Mamee Chef Curry Laksa, Tom Yum, Mamee Pasta with Golden Fries dan banyak lagi dan pastinya sedap giler!

#2 Mamee Merchandise

Di Mamee Merchandise, korang boleh membeli pelbagai barangan serta goodies bag dengan rekaan Mamee Monster. Selain itu, korang juga boleh bergambar dengan Mr Potato dan Amigos yang sangat popular tu! Korang juga boleh tengok process membuat keropok Mamee melalui miniature show case yang disediakan disini.

#3 Noodle Doodle

Noodle Doodle ialah aktiviti yang akan mengujakan sebab korang boleh design sendiri cup Mamee tu! Korang boleh pilih antara dua perisa iaitu Kari Laksa atau Tomyam dengan harga RM3.50 dan korang boleh mula hias sendiri cup tu ikut citarasa korang. Bukan itu sahaja, korang juga boleh customize cup korang dengan memilih condiment yang korang nak letak dalam cup tu. Jadilah limited edition Mamee cup korang sendiri.

#4 Lil Monster Kitchen

Di Lil Monster Kitchen, korang berpeluang untuk buat sendiri keropok Mamee! Bermula dengan menghias plastik, korang akan diajar satu per satu untuk menyiapkan keropok mamee tersebut. Kalau korang datang dengan anak-anak, mesti diorang akan exited untuk membuat keropok dengan rekaan plastik mereka sendiri. Bengkel membuat keropok ini hanya ada pada Sabtu dan Ahad pada jam 11 pagi, 1.30 petang dan 3.30 petang dan sesi ini memakan masa selama 90 minit.

📍 46 & 48, Jalan Hang Jebat, Melaka, 75200 Melaka

🕑 10 AM – 5 PM (Isnin – Jumaat), 10 AM – 7 PM (Sabtu – Ahad), Tutup: Selasa

📞 Charlotte – 012-618 0778
📞 Yap – 06-2867666/012-676 8770

12. Pantai Klebang

Tempat Best Melaka 2018
Sumber: @tantzeyoung

Pantai Klebang adalah salah satu pantai yang anda boeh kunjungi bersama keluarga mahupun rakan-rakan untuk bersantai. Pelbagai aktiviti seperti bermain layang-layang, belon air, menaiki kuda mahupun bersantai diatas kerusi angin yang boleh disewa disini menjadi tarikan pelancong untuk bersantai sambil menyaksikan matahari terbenam disini. Pantai Klebang juga mempunyai beberapa tarikan lain seperti Dataran 1 Malaysia dan Padang Pasir yang ada berdekatan. Padang Pasir adalah satu kawasan yang mempunyai pasir yang banyak dan menimbun dan kelihatan seolah-olah padang pasir di Mesir. Padang Pasir ini sangat sesuai kalau korang suka bergambar!

Tips Ke Padang Pasir: Waze ‘Muzium Kapal Selam’ dan jangan lupa bawa payung dan air!

📍Jalan Klebang BesarMelaka 75200, Malaysia

🕑 24 Jam

13. Melaka Funland

Tempat Menarik Melaka 2018
Sumber: @melakafunland

Melaka Funland adalah satu lagi port yang korang boleh bawak anak-anak korang untuk berseronok. Orang dewasa juga boleh menggunakan kebanyakkan game dan mainan disini kerana semua permainan dicipta untuk meningkatkan hubungan kanak-kanak dan ibubapa. Terdapat 7 aktiviti yang sangat mengujakan untuk dicuba iaitu Virtual Zoo, Fantasy Aquarium, Treasure Hunt For Kids, Kid’s Excavator, 3DMagic Art, Interactive Floor dan Horrible Mirror Maze. Apa yang lebih menarik, kanak-kanank boleh mencipta sendiri haiwan mereka dan haiwan tersebut boleh diletakkan di Virtual Zoo atau Fantasy Aqurium.

📍 No 95, Jalan Parameswara, Bandar Hilir

🕑 10 AM – 6 PM (Isnin – Khamis), 10 AM – 8 PM (Jumaat – Ahad)

📞 011-2003 7999

🎟️ Warga Malaysia: RM 25 (Dewasa), RM 20 (Kanak-kanak)

🎟️ Pelancong Luar:  RM 30 (Dewasa), RM 25 (Kanak-kanak)

14. Freeport A’Famosa

Tempat Best Melaka 2018
Sumber: @dskinny1

Buat kaki shopping, ini adalah tempat yang korang boleh terjah sambil menikmati suasana warisan Belanda di Melaka. Freeport A’Famosa berkonsepkan open-air mall dan mempunyai beberapa ciri-ciri menarik iaitu tasik, fountain, carousel dan windmill. Korang boleh menaiki carousel secara percuma pada waktu-waktu tertentu sepanjang mall ni beroperasi. Jadi sambil-sambil shopping tu, bolehlah cuci mata!

📍 Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

🕑 10 AM – 10 PM

📞 06-552 8961

15. A’Famosa Waterpark

 Tempat Menarik Melaka 2018
Sumber: @afamosaresort

Sukakan air? Jika Ya, inilah tempat yang korang boleh terjah. Mempunyai lebih dari 10 pilihan permainan di theme park yang berbeza, tempat ini sangat sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Semua permainan kat sini sangat mengujakan dan pastinya berbaloi dengan harga yang korang bayar!

📍 Jalan Kemus, Simpang Empat, Melaka, 78000 Alor Gajah

🕑 11 AM – 7 PM (Isnin – Jumaat), 9 AM – 7 PM (Sabtu – Ahad), Tutup: Selasa

📞 06-552 0888

🎟️ Warga Malaysia: RM 32 (Dewasa), RM 26 (Kanak-kanak)

🎟️ Pelancong Luar:  RM 45 (Dewasa), RM 37 (Kanak-kanak)

Disclaimer: Semua harga yang dipaparkan adalah mengikut harga semasa artikel ini ditulis dan harga semasa cuti umum mungkin lebih mahal.

Konklusi

Penulis telah menyenaraikan 15 tempat menarik yang boleh dikunjungi ketika bercuti ke Melaka dan confirm best giler! Semoga artikel kali ini membantu dalam merancang dan menjayakan percutian bersama yang tersayang.

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close