Makanan

5 Lokasi Seafood Terbaik di Labuan 2019

I-Sea-Food!

Labuan ialah sebuah pulau di negeri Sabah yang dan sangat terkenal dengan hasil laut iaitu seafood. Bagi anda yang berkunjung ke Labuan, jangan lepaskan peluang untuk mencuba seafood disini kerana semua seafood di sangat sedap dan paling penting fresh dari laut! Bagi seafood lover, ini memang destinasi yang korang wajib datang at least once in your life time!

5 Seafood Terbaik Labuan

Kalau korang dah kat Labuan dan cari seafood yang sedap pada harga yang berpatutan, korang boleh pergi kat 5 tempat yang kami senaraikan ni. Confirm puas hati!

1. Anjung Ketam Kampung Nagalang

Sumber: @adrianaadnan
Sumber: @pb.foodies

Jika di Anjung Ketam Tanjung Aru, mercu tandanya ialah ketam gergasi, tetapi di Kampung Nagalang mercu tandanya ialah udang gergasi. Anjung Ketam ni betul-betul tepi laut tau, so kalau nak dinner dengan family atau kawan-kawan memang sesuai dan boleh juga nak buat candle light dinner sebab suasana dia memang best sambil layan angin laut tu. Signature dish kat Anjung Ketam ni ialah Ketam Butter dan Udang Salted Egg. Ketam butter dia memang nampak menggoda sebab disaluti kuah butter yang pekat dan isi ketam yang fresh dan manis. Tempat ni memang selalu ada event tau, so better korang call dulu untuk reserved takut frust dah sampai tapi kedai dah full house.

? Simpang ikan todak 24 Kerupang 1
Kampung Nagalang, Labuan, Malaysia 87000

? 11 AM – 11 PM

? 017-839 2870

2. Mawilla Seafood Restaurant

Sumber: @gulpandgrub
Sumber: @sazzy_fs

Lokasi kedua yang anda boleh terjah untuk nikmati seafood terbaik ialah Mawilla Seafood Restaurant yang juga dikenali sebagai Mawilla Yatch Club Restaurant. Restoran ini berada di Jalan Tanjung Batu juga berada berdeketan laut dan menawarkan suasana yang menarik buat pelanggan disini. Bagi yang sukakan makanan pedas, korang boleh order ketam Kam Heong dan sambal udang yang pastinya akan memenuhi citarasa korang! Kam Heong ialah perkataan cina yang bermaksud golden fragrance atau berbau wangi dan masakan ini biasanya boleh didapati di Restoran Cina dan Cina Muslim. Jadi kalau korang tak pernah try lagi Kam Heong, kat sinilah korang boleh rasa Kam Heong yang sedap bersama isi ketam yang segar.

? Jalan Tanjung Batu, 80696, Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

? 8 AM – 11 PM

? 087-423 888

3. Tiara Seafood Restaurant

Sumber: @jesselyn_szeyuen

Kalau korang menginap di Tiara Labuan Hotel, korang tak perlu bersusah lagi untuk keluar dan mencari kedai seafood yang best di Labuan sebab korang memang dah ada di salah satu port seafood yang best di Labuan!  Tiara Seafood Restaurant ialah restoran bagi Tiara Labuan Hotel tapi jangan risau sebab rata-rata pengunjung setuju yang harga makanan kat sini berpatutan dan setanding dengan rasa masakan kat sini yang sedap! Kalau korang datang kesini, makanan yang korang boleh order ialah Kari Seafood! Kuah kari pekat dan berlemak dengan gabungan isi ikan dan udang pastinya membuatkan hati tertawan.

Tiara Labuan Hotel, Jalan Tanjung Batu, Labuan

? 8.30 AM – 12.30 PM, 6.30 PM – 10.30 PM

? 087-581 801

4. Mr Crab Seafood & Steamboat Restaurant

Sumber: @asiatravelbook
Sumber: @mrcrab.labuan

Bagi anda yang sukakan unlimited food, ini mungkin antara restoran terbaik yang boleh anda kunjungi. Anda boleh menikmati lebih dari 60 pilihan makanan untuk steamboat dengan harga serendah RM39.80 untuk dewasa. Yang paling bestnya, semua seafood kat sini pun free flow okeh! Jadi makan la korang sepuas hati sampai kenyang. Nak grilled atau steamboat pun ikut citarasa korang. Selain steamboat, korang juga boleh order makanan lain yang dimasak dan korang boleh pilih semua tu sendiri dari dalam akuarium! View kat sini juga cantik giler sebab restoran ni betul-betul disebelah sungai dan view waktu sunset memang superb.

? Eco Pelancongan Kinabenua,87000 Labuan

? 11.00 AM – 11.00 PM

? 017-228 0288

5. Labuan Deepsea Seafood Centre Restaurant

Sumber: @trulyroxy
Sumber: @elena.eats

Last tempat yang korang boleh dapat makan seafood dengan harga yang berpatutan ialah Labuan Deepsea Seafood Centre Restaurant. Kedai ini bukak dari tengahari tapi seafood start masak pukul 4 petang tau. Lokasi kedai ni juga betul-betul disebelah laut. So sambil makan tu, sambil feeling kena tiup dengan angin laut. Antara makanan yang dicadangkan jika anda kesini ialah udang bakar sambal, harga yang murah dengan udang yang segar dan sambal yang pedas pasti akan membuat korang termimpi-mimpi makanan ni.

?  Jln merdeka (Off jalan Merdeka),87000 Bandar Labuan

? 11 AM – 11 PM

? 087-429 536

Konklusi

Penulis telah menyenaraikan 5 lokasi di sekitar Labuan yang menyajikan seafood terbaik. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba variasi pilihan makanan laut yang terbaik ketika berkunjung ke Labuan.

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close