InfoNews

Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online Jika Kad Rosak Atau Tamat Tempoh

Sekiranya kad ATM/debit Maybank anda yang sedia ada rosak atau telah ditamatkan, anda seharusnya membuat permohonan penggantian kad debit baru untuk memudahkan urusan transaksi harian anda. Bagaimana cara untuk tukar kad debit secara online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

Cara Tukar Kad Debit MAYBANK Secara Online

Bagi yang belum tukar kad lagi, anda boleh buat secara online dan kad itu akan dihantar sampai ke rumah masing-masing. Tak perlu beratur, tak perlu jauh-jauh pergi bank tapi kalau anda nak cepat, boleh pergi terus ke Maybank terdekat.

Gambar: @fafard33 (Twitter)

Berikut adalah cara pengganti Kad Debit Bank Maybank secara online:

  1. Layari pautan Maybank2U: www.maybank2u.com.my
  2. Log Masuk akaun anda.
  3. Klik pada Card Management

4. Klik pada ATM/DEBIT CARD.

5. Pilih Kad Debit yang betul dan klik Replace Card

6.Isikan maklumat yang diperlukan pada borang Card Replacement. Pastikan alamat penghantaran betul untuk proses penghantaran.

7. Klik setuju pada Terma & Syarat.

8. Klik Request tac dan masukkan no tac tersebut.

9. Seterusnya ikut arahan selanjutnya sehingga selesai.

10. Kad Debit baru anda akan dihantar dalam masa 14 hari bekerja.

Info tambahan, bayaran penggantian adalah RM12.00 bagi setiap permohonan. Bayaran akan ditolak secara automatik dari Akaun Semasa atau Simpanan anda yang dipautkan ke kad setelah penggantian dilakukan
berjaya.

Sumber: Maybank

New Shopee Deals: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Everyday Low Price https://lzd.la/page

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close