News
Comelnya! Frontliners Menari Bersama Si Kecil Di Pusat Rawatan Covid Untuk Tenangkan Keadaan
Terima kasih!!!
Tak kiralah di negara mana sekalipun, frontliners pasti akan dijulang. Ini kerana kita tahu bahawa merekalah yang paling banyak berkorban untuk rakyat dan negara. Masa, tenaga, bahkan nyawa mereka juga telah di serahkan untuk kita. Jadi sekali-sekala bila kita dapat lihat mereka bergembira pun sudah cukup untuk menaikkan semangat kita semula.
Ajak Menari Untuk Tenangkan Si Cilik
Satu video telah menjadi perbualan hangat di Twitter baru-baru ini. Didalam video tersebut, kelihatan dua orang frontliners yang memakai PPE sedang riang menari bersama seorang anak kecil. Menurut salah seorang frontliners tersebut (@Ciaoticjoeadi0s) di Twitter, mereka mula menari untuk memastikan si kecil itu tidak menangis. Menurut beliau juga, video tersebut diambil di PKRC MITC Melaka.
Nah, tengoklah! Comel habis!
Hero sebenar adalah those yang dalam PPE. Thank you ????
P/s : beria betul yang depan tu joget lololololol pic.twitter.com/fUimxMu2Cp
— adjeng kartini (@kekli_) June 30, 2021
Jelas Kelihatan Keikhlasan Dalam Berjuang
Walaupun video itu pendek, tetapi ianya sudah cukup untuk menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia. Ada yang terhibur melihat gelagat mereka, ada juga yang tersentuh mengenangkan pengorbanan mereka.
#KitaJagaKita
Demi memudahkan kerja mereka, marilah kita jaga diri kita dan orang sekeliling supaya dapat mengurangkan kes Covid di negara ini. Duduk dirumah sekiranya tidak ada perkara yang penting untuk dilakukan dan amalkan pemakaian pelitup muka berganda diluar. Semoga kita dapat keluar daripada pandemik ini dengan segera.
Sumber: Twitter
Artikel Berkaitan: