News

Nikmati Pelbagai Aktiviti Menarik Di Gamuda Gardens Live Extravaganza Pada 31 Oktober 2021

Hi Foodies! Bosan di rumah? Seperti yang anda tahu, Gamuda Gardens memang selalu buat acara menarik seperti 50 Acres Excitement, Shanghai Street, dan Gardens of Lights. Pada semua yang rindukan acara-acara seperti ini, ada satu di penghujung bulan ini menanti anda! Ya, Gamuda kini kembali lagi dengan Gamuda Gardens Live Extravaganza yang akan berlangsung pada 31 Oktober 2021 ini! Jom kita lihat apa saja aktiviti yang ada?

Gamuda Gardens Live Extravaganza Akan Berlangsung Pada 31 Oktober 2021

Gambar: Gamuda Gardens

Gamuda Gardens Live Extravaganza bukanlah seperti panggilan video online biasa yang anda bayangkan. Acara ini adalah acara maya terbesar yang akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik yang bermula di satu platform maya. Hebat kan? Nak tahu cara daftar?

Gambar: Gamuda Gardens

Klik saja disini untuk daftar dan anda akan menerima satu e-mail pengesahan. Pada 31 Oktober, hanya layari www.gamudagardens.live dan tekan butang ‘Join Live Event’ untuk sertai acara maya ini mulai 3:30 PM (acara bermula pada 4 PM). Masukkan ‘Login ID’ yang diberi dari e-mail pengesahan tadi.

Gambar: Gamuda Gardens
Gambar: Gamuda Gardens

Lebih-lebih lagi, pelbagai acara sedang menanti anda termasuk ASMR, sesi bergambar di photobooth, sesi perkongsian pelbagai jenis produk menarik seperti Atap dan Lachér Patisserie, sesi permainan dan pemberian hadiah kepada pemenang, cabutan bertuah, sesi hiburan dengan artis dan pelawak kegemaran ramai seperti Douglas Lim, Firdaus Farmizi, Jiggee Jon dan banyak lagi, serta pelancaran Gamuda Gardens Hillside Homes bernama Illaria.

Gamuda Gardens ialah township yang bersaiz 810-ekar yang terletak di tengah-tengah kawasan semula jadi dengan bukit-bukau, dihubungkan oleh 5 tasik yang tenang dan 2 air terjun di taman utama kawasan perumahan tersebut. Illaria yang terletak di Gamuda Gardens ini semestinya akan menjadi rumah idaman semua.

Gambar: Gamuda Gardens
Gambar: Gamuda Gardens
Gambar: Gamuda Gardens
Gambar: Gamuda Gardens

Selain itu, di Illaria ini dilengkapi dengan Taman Rekreasi dimana fasiliti seperti rumah pokok dan dek yoga. Anda juga boleh mengadakan aktiviti kekeluargaan seperti BBQ di Dapur Komuniti atau melepaskan tekanan harian dengan berjalan-jalan di lorong yang penuh dengan pokok Sakura! Dah boleh bayangkan betapa cantiknya kawasan perumahan ini kan?

Gambar: Gamuda Gardens

Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui projek-projek Gamuda Gardens seperti Illaria dan lain-lain, jangan lepaskan peluang untuk melawati 5 kiosk pameran yang tersedia di acara Gamuda Gardens Live Extravaganza ini ya.

Gambar: Gamuda Gardens

Dah Bersedia Untuk Hari Yang Menyeronokkan Dengan Gamuda Gardens?

Gambar: Gamuda Gardens

Oh satu lagi! Acara-acara macam ini tak lengkaplah kalau tak ada cabutan bertuah kan? Ha, nak tahu apa yang anda boleh menang? Sebanyak 300 pemenang yang terpilih akan dihadiahkan Grab Vouchers rebutan ramai manakala pemenang utama akan membawa pulang Dyson V12 Detect Slim Fluffy, teknologi terbaru Dyson yang bernilai RM2,999! Tempat duduk terhad dan tarikh daftar pun dah bermula. Jadi tunggu apa lagi? Daftar sekarang dan selamat meneroka alam maya di Gamuda Gardens!

Daftar Di Sini

Pautan: Laman Web | Facebook | Instagram

Tarikh: 31 Oktober 2021

Masa: 4 PM – 6 PM

Artikel Berkaitan: 

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Tonton Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Grup Telegram kami. Kami akan sering berkongsi mengenai makanan, promosi, hadiah (giveaways)dan penemuan menarik terkini di Malaysia. Jadi, klik butang dibawah untuk sertai!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close