News
Ganti Mykad Dalam Masa 30 minit, Ini Senarai JPN Terpilih di Malaysia
Kini anda tidak perlu tunggu lama lagi untuk membuat permohonan gantian Mykad, kerana ianya boleh diproses dalam tempoh 30 minit sahaja. Info ini dimaklumkan sendiri oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia menerusi hantaran di laman Facebook mereka pada 1 Ogos lalu.
Permohonan Mykad Siap 30 Minit
Namun, proses ini tertakluk kepada pejabat-pejabat yang disenaraikan sahaja di seluruh Malaysia. Menurut JPN, permohonan gantian Mykad yang mempunyai masalah seperti cap jari rosak dan kehilangan buat kali ketiga akan diproses dalam tempoh 3 bulan seperti biasa.
Proses gantian Mykad yang boleh disiapkan dalam tempoh 30 minit ini boleh dilakukan di 40 pejabatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh Malaysia. Berikut adalah senarai 40 pejabat JPN berdekatan yang anda boleh kunjungi.
Pejabat JPN Yang Terpilih
- W. Persekutuan (JPN WP Kuala Lumpur & WP Putrajaya)
- Selangor (JPN Shah Alam, Petaling Jaya & Klang)
- Melaka (JPN Negeri Melaka)
- Johor (JPN Negeri Johor, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi)
- Perak (JPN Negeri Perak, Seri Manjung, Larut Matang, Bagan Datuk)
- Pulau Pinang (JPN Pulau Pinang & Bertam)
- Kedah (JPN Negeri Kedah & Kulim)
- Kelantan (Negeri Kelantan, Machang, Gua Musang)
- Pahang (JPN Negeri Pahang, Raub, Temerloh)
- Terengganu (JPN Dungun & Besut)
- Sabah (JPN Negeri Sabah, Sandakan, Kota Marudu, Papar, Sapitang)
- Sarawak (JPN Negeri Sarawak, Sri Aman, Sarikei, Kapit)
- UTC (Semua pejabat JPN di UTC)
Dalam kemaskini JPN pada 30 Julai, semua urusan perkhidmatan kaunter adalah berdasarkan janji temu bermula 1 Julai 2021. Tambah JPN, urusan tanpa bukti janji temu atau walk-in adalah tidak dibenarkan.
Syarat Permohonan
Memohon gantian kad pengenalan hilang dan membuat temujanji secara atas talian di laman web (www.jpn.gov.my) melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf Warganegara.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang cara ganti MyKad rosak melalui telefon dengan perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila layari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di https://www.jpn.gov.my/my/
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara (Facebook)
Artikel Berkaitan: