News

Urusan JPJ Kini Dibuka Semula Di Pejabat Pos Bermula 9 Ogos 2021

Seperti yang kita maklum, perkhidmatan JPJ di pejabat pos telah diberhentikan buat sementara waktu sepanjangan tempoh darurat berlangsung. Kini setelah tempoh darurat tamat, kita semua diingatkan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV) yang telah tamat tempoh sebelum 30 September 2021.

Perbaharui Lesen Memandu Di Pejabat Pos Bermula 9 Ogos

Menurut kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh JPJ sebentar tadi, urusniaga pembaharuan LMM dan LKM boleh dilaksanakan di kaunter JPJ secara temujanji atau melalui rakan strategik JPJ (Myeg dan Pos Malaysia) bermula 9 Ogos – 30 September 2021.

Hal ini kerana aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasa JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan bermula 1 Oktober 2021.

“Orang ramai diingatkan agar memperbaharui lesen masing-masing yang tamat tempoh sebelum tarikh tersebut.

Bawa Salinan Sijil Perlindungan Insyurans

“Pemilik kenderaan yang LKM tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

JPJ berkata, orang ramai disaran membuat urus niaga secara dalam talian iaitu melalui portal mySIKAP awam (https://public.jpj.gov.my/public/login.zul) mahupun rakan strategik JPJ iaitu myEG.

“Sebarang urus niaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian boleh dibuat di kaunter JPJ secara janji temu (online appointment/ call-in),” katanya.

Orang Ramai Diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP

“Bagaimanapun, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ketat bagi tujuan mengelakkan daripada berlakunya penularan virus ini,” katanya. Jelas JPJ, pihaknya amat komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam dan penguatkuasaan dilakukan secara efektif dan efisien bagi menjamin kelestarian industri pengangkutan jalan di Malaysia.

Artikel Berkaitan: 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close