Makanan

Makanan Sedap di Kuching Sarawak 2019

Mee Kolok!

Sarawak adalah negeri terbesar yang ada di Malaysia. Jadi tak hairanlah kalau Sarawak mempunyai variasi makanan yang sedap dan lain dari makanan di Semenanjung Malaysia. Kalau anda berpeluang untuk pergi ke Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan superb sedap di Sarawak.

10 Makanan Sedap di Sarawak

Makanan di Sarawak memang unik dan lain dari makanan yang berada di Semenanjung. Jadi kalau anda berkesempatan untuk pergi ke Sarawak, jangan tak cuba makanan kat sini.

1. Mee Kolok Pak Amit Cafe

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @abgfadzli789

 

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @shanaynayitsnay

Mee Kolok adalah signature dish bagi negeri Sarawak jadi jika anda melancong ke Sarawak tanpa mencuba Mee Kolok, bermakna anda belum melawat Sarawak! Mee Kolok adalah Mee Sup versi Sarawak dimana kuahnya lebih pekat dan dihidangkan bersama udang dan sayuran. Ini menjadikan Mee Kolok ialah hidangan lengkap yang pasti dicari oleh semua orang dan kalau anda terlambat, Mee Kolok disini memang akan habis.

📍 37, Jalan Astana, Kampung Tupong Hulu, 93050 Kuching, Sarawak

🕑 7 AM – 11 PM

📞 012 820 2040 / 019 815 5395

BACA LAGI: Makanan Sedap di Labuan

2. Mom’s Laksa Cafe

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @momslaksacafe

 

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @momslaksacafe

Selain Mee Kolok, Laksa Sarawak juga adalah makanan yang anda wajib cuba sekiranya berada di Sarawak. Semasa musim perayaan, menu ini merupakan hidangan utama untuk tetamu. Kelainan pada Laksa Sarawak adalah kuahnya yang mana base kuah dibuat dari udang dan menggunakan bihun. Laksa Sarawak ini juga dihidangkan dengan udang,  isi ayam, tauhu dan taugeh. Makanan lain yang anda boleh cuba disini ialah bihun belacan. Kalau nak tahu rasa bihun belacan ni macam mana, anda kena cuba sendiri disini.

📍 93050 KuchingSarawak, Malaysia

🕑 7 AM – 5 PM

📞 019-812 8587

3. Dayang Salhah Kek Lapis Sarawak

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @chiahleung

 

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @azizulhelmy

Kalau datang ke Sarawak, pastinya Kek Lapis Sarawak untuk dibawa pulang sebagai buah tangan untuk kawan-kawan dan saudara. Kek lapis Sarawak terkenal dengan warna-warni yang ceria dan menarik perhatian. Terdapat pelbagai warna dan rasa yang anda boleh pilih untuk dibawa pulang. Untuk sampai ke kedai ini, anda perlu menaiki sampan namun ianya tak sia-sia dek rasa kek yang sedap giler ni.

📍 Petra Jaya, 40, Jalan Gersik, Kampung Gersik, 93050 Kuching, Sarawak

🕑 9 AM – 11 PM

📞 082-445 040

4. My Village Barok

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @nur.hudaramli

 

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @tanujarajah

Mengekalkan senibina tradisional asli dimana seluruh tempat ini dibina menggunakan kayu menjadikan restoran ini pilihan orang ramai termasuk penduduk tempatan. Terdapat pelbagai makanan Sarawak yang anda boleh cuba disini. Antaranya ialah Linut atau Ambuyat iaitu tepung sagu yang dimakan dengan sambal belacan. Selain itu, anda juga boleh cuba Manuk Pansuh iaitu Ayam yang dimasak seakan-akan sup dengan herba dan sayuran didalam buluh! Makan disini ialah kepuasan makan di Sarawak yang sebenar.

📍 7, Jalan Brooke, Kampung Boyan, 93050 Kuching, Sarawak

🕑 4.30 PM – 11.30 PM

📞 016-870 7021

5. RJ Ayam Penyet

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @rabkopitiam

 

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @aidarl

Ayam Penyet ialah makanan yang berasal dari Kalimantan dan sangat sinonim dengan masyarakat Sarawak. Sesuai dengan namanya Raja Ayam Penyet, kedai ini menyajikan antara ayam penyet terbaik di Sarawak! Ayam Penyet disini juga didatangkan bersama timun, salad dan ulam raja bersesuaian dengan nama kedainya. Kunci untuk kesedapan ayam penyet disini pastilah pada perapan ayam yang digoreng garing dan sambalnya.

📍 2, Jalan Nagor, 93400 Kuching, Sarawak

🕑 6.30 PM – 2 AM

📞 012-217 0745

6. Rumah Hijau Cafe

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @garlickicap

 

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @mnaffan.mnakram

Restoran ini mempunyai gaya klasik yang sangat menarik dan pasti akan membuat anda jatuh cinta! Apa yang anda boleh cuba disini ialah roti bom coklat dan juga roti bom cheese yang pasti akan cair didalam mulut anda. Restoran ini juga menyajikan makanan lain seperti ayam penyet dan juga makanan barat yang tak kurang hebatnya.

📍 24A-24D, Jalan Rubber, 93400 Kuching, Sarawak

🕑 9.00 AM – 4.00 PM, 6.00 PM – 10.30 PM, Tutup: Jumaat

📞 016-589 1947

7. Toko Daging

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @tokodaging

 

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @tokodaging

Toko Daging tidak perlu diperkenalkan lagi kerana tempat ini sangat terkenal dengan western food yang sangat sedap dan juga dikatakan antara yang terbaik di Kuching! Apa yang menarik lagi, kedai ini hanya berkonsepkan warung tetapi makanan disini dimasak oleh Chef terkemuka yang telah bekerja di beberapa hotel terkenal. Terdapat pelbagai jenis pilihan western yang anda boleh pilih dan semestinya sedap giler!

📍 174, Lor Mawar 2, Taman Mawar, 93050 Kuching, Sarawak

🕑 6.30 PM – 11 PM, Tutup: Sabtu

📞 016-800 0634

8. Dapur Kampung

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @kellyjunioralbert

 

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @arzizamkiplawi

Dapur Kampung ialah makanan yang berasaskan makanan Indonesia yang pasti akan membuat anda jatuh cinta dengan keaslian rasa makanan tersebut. Dari Bakso, Kambing Bakar, Sate dan Mi Goreng Ayam Special, semuanya ada di Dapur Kampung. Daging kambing bakar disini juga mendapat pujian kerana kelembutan dan rasa yang sempurna dengan bahan perapan. Suasana di restoran ini juga sangat sesuai untuk seisi keluarga untuk makan malam.

📍 Kampung Bandarshah, 93400 Kuching, Sarawak

🕑 6 PM – 1 AM

📞 012-858 5065

9. Swee Kang Ais Kacang

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @maxiuhuang

 

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @sharonckl89

Ais Kacang sememangnya dessert yang sentiasa dicari walau dimana sahaja tambah-tambah lagi dimusim panas. Selain ais kacang, anda juga boleh mendapatkan makanan ringan seperti rojak. Anda juga boleh mencuba ais durian disini dan pelbagai air lain yang menarik disini.

📍 Jalan Kulas – Haji Taha Interchange, Kampung Bandarshah, 93400 Kuching, Sarawak

🕑 12 PM – 6.30 PM

📞 +60 13-811 7824

BACA LAGI: Tempat Menarik di Kuala Lumpur

10. Annuar BBQ Steamboat

Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @akmxlkarim
Makanan Sedap di Kuching Sarawak
Sumber: @christinapetrus

Buat anda yang sukakan free flow food, Annuar BBQ Steamboat adalah pilihan terbaik buat anda. Terdapat variasi makanan yang anda boleh pilih bermula dari ayam, daging, mee, bebola dan juga seafood. Anda boleh makan apa sahaja yang anda inginkan dan sebanyak mana yang anda mahu sehingga kenyang. Tapi berhati-hati sebab kalau anda membazirkan makanan, anda akan dicaj untuk makanan yang tidak habis.

📍 LOT.220, Main Entrance, Persiaran Ban Hock, 93100 Kuching, Sarawak

🕑 6 PM – 11 PM

📞 019-886 7900

Konklusi

Penulis telah menyenaraikan 10 makanan yang sedap disekitar Kuching Sarawak untuk anda semua terjah ketika berada disana. Pastikan lokasi-lokasi ini termasuk dalam senarai anda supaya percutian anda lebih bermakna. Semoga artikel ini membantu anda untuk menjejaki tempat makanan yang best dan sedap di Sarawak.

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close