PKP 2.0

PERMAI 2021: Kelulusan Automatik Untuk Bantuan One-Off RM500 Pemandu Teksi, E-Hailing Dan Bas

Terbaru, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong telah mengumumkan bahawa pemandu teksi, kereta sewa, bas persiaran, bas sekolah dan e-hailing yang menerima bantuan PRIHATIN tidak perlu melalui proses permohonan bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). Dengan itu, proses pembayaran bantuan “one-off” RM500 dapat dipercepatkan.

Peruntukan RM15 Billion Bayaran One-Off RM500

Sebelum Ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM15 bilion bagi bayaran one off RM500 sebagai sebahagian daripada 22 inisiatif Permai yang diperkenalkan untuk melindungi ekonomi dan kesejahteraan rakyat semasa berlakunya wabak Covid-19

Bantuan tunai PERMAI ini akan memanfaatkan kepada 118,000 pemandu yang telah diluluskan dan mereka yang masih belum membuat permohonan.

Tidak Perlu Melalui Proses Permohonan

“Bagi teksi dan kereta sewa, semua pemandu yang menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini diberi kelulusan secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan sekali lagi untuk menerima bantuan PERMAI,” kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong dalam kenyataan pada hari Isnin.

Menurutnya, semua pemandu bas persiaran yang menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu disaring untuk caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sekali lagi.

Berikut adalah intipati pegumuman tersebut:

  • Semua pemandu bas sekolah yang menepati syarat kelayakkan tidak perlu didaftarkan semula oleh syarikat masing-masing.
  • Hanya saring lesen memandu yang sah sahaja; lesen Vokasional dan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV)
  • Syarat minima pandapatan telah dikurangkan kepada RM700 ke bawan untuk bulan Oktober, November, atau Disember 2020.
  • Pemohon baru harus memberikan maklumat yang tepat dan kemas kini maklumat yang sedia ada kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat.
  • 118,000 pemandu yang terima PRIHATIN 2020 bakal menerima PERMAI 2021.

Pemprosesan Dan Pengagihan Bantuan Lebih Cepat Dan Tidak Tertangguh

Semua pemandu teksi dan kereta sewa

Semua pemandu teksi dan kereta sewa yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini diberi kelulusan secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan sekali lagi untuk menerima bantuan PERMAI.

Pemandu bas persiaran

Semua pemandu bas persiaran yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu disaring untuk caruman PERKESO sekali lagi dan hanya saringan lesen memandu yang sah sahaja akan dibuat.

Pemandu bas sekolah

semua pemandu bas sekolah yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu didaftarkan semula oleh syarikat masing-masing dan hanya saringan lesen vokasional, PSV yang sah sahaja akan dibuat.

Pemandu e-hailing

Syarat pendapatan minima RM1,200 untuk pemandu e-hailing bagi mendapatkan bantuan PRIHATIN sebelum ini dikurangkan kepada minima RM700 di bawah PERMAI untuk bulan Oktober 2020, November 2020, atau Disember 2020.

Kemaskini Maklumat Anda

Kementerian Pengangkutan Malaysia menggesa kepada semua pemohon baharu supaya memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sesuai dengan kriteria yang ditetapkan untuk memastikan pemprosesan dan pengagihan bantuan tunai mereka tidak lagi tertangguh. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh melayari laman web APAD dengan klik di sini.

Sumber: Harakah Daily | Sinar Harian

Artikel Berkaitan: 

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close