News

Rahsia Kejayaan Syarikat McDonald’s Meraih Keuntungan Besar

Apabila berlaku kemelesetan atau krisis, tingkah laku pengguna cenderung untuk berubah dalam cara yang boleh dijangkakan. Biasanya perniagaan yang paling teruk terjejas adalah perniagaan yang tidak penting seperti perniagaan hospitaliti. Syarikat lain sebenarnye mendapat keuntungan yang sama malah lebih, contohnya industri makanan segera.

McDonald’s Semakin Menonjol Sekitar Tahun 2008

Sebagai contoh dari tahun 2008 hingga 2010, ketika syarikat-syarikat lain tutup atau mengecil, Subway menambah 6,000 cawangan baharu. Namun, sebuah syarikat kelihatan lebih menonjol pada tahun 2008 adalah, McDonald’s.

Antara sebab McDonald’s digelar oleh sesetengah penganalisis sebagai ‘kalis-kemelesetan’ adalah kerana Mcdonald’s adalah syarikat harta tanah.

Jika dilihatkan pada penyata imbangan tahun 2019 McDonald’s, nilai semasa semua hartanah dan peralatannya sebelum melapor susut nilai, bernilai RM 158 Bilion. Secara teknikalnya, ia menjadi McDonald’s sebagai pemegang hartanah kelima terbesar di dunia, diukur oleh jumlah aset.

Seperti KFC dan Subway, McDonald’s boleh berkembang dengan begitu pesat dan sampai ke seluruh dunia melalui francis. 85% daripada restoran McDonald’s dimiliki oleh seseorang yang pada dasarnya ‘menyewa’ nama dan jenama McDonald’s, dengan bayaran yang agak tinggi. Apa yang menjadikan syarikat ini sangat unik adalah, tidak seperti gergasi makanan segera yang lain, McDonald’s memperoleh sebahagian besar pendapatan francais dari bayaran sewa.

Strategi Untuk Sesebuah Lokasi McDonald’s

Oleh kerana McDonald’s mempunyai pengalaman membeli dan menjual hartanah selama beberapa dekad, ia mengetahui strategik tepat bagi sesebuah lokasi yang mampu menjadi tarikan seperti:

  • Membeli tanah di persimpangan antara dua jalan raya sesak.
  • Membeli ruang di mana-mana sudut yang mempunyai tempat letak kenderaan paling banyak.
  • Persimpangan yang mempunyai lampu isyarat.

McDonald’s kemudianya membeli hartanah ini dengan kadar faedah tetap jangka panjang dan pegangan hartanahnya yang besar memberikan McDonald’s tawaran yang terbaik.

Apabila seseorang memohon untuk mengadalikan lokasi McDonald’s mereka sendiri, mereka perlu menandatangani Perjanjian Francais dengan syarikat itu di mana McDonald’s menetapkan hampir setiap perincian bagaimana perniagaan akan beroperasi dari bagaimana burger dimasak sehinggalah waktu operasi.

Sebagai contoh, pemegang francais restoran hanya boleh membeli barangan dari pembekal yang diluluskan. Pemegang francais restoran iaitu pemilik tempatan biasanya membuat jumlah pelaburan pendahuluan sebanyak RM180,000 dan 5% royalti dari pendapatan setiap bulan. Dengan ini, McDonald’s dengan serta merta mempunyai penyewa yang mana sentiasa membayar dengan harga melebihi pasaran semasa.

Pemegang francais McDonald’s membayar antara 8.5% dan 15%. Dan jika sesebuah lokasi itu gagal untuk memberikan prestasi yang diharapkan, McDonald’s dengan mudah boleh mencari pemegang francais baru untuk lokasi tersebut selepas kontrak tamat, atau menjual tanah tersebut kepada orang lain, biasanya dengan untung yang lebih tinggi.

Pemengang Francais Bersetuju Dengan Syarat Yang Sangat Ketat

Mereka yang mahu memohon lesen francais harus memenuhi standard yang tinggi dan setelah mereka melakukannya, mereka hampir tidak mempunyai kawalan terhadap perniagaan mereka sendiri, namun semua ini juga mengurangkan risiko. Pemilik McDonald’s tidak perlu bimbang jika mereka layak untuk perniagaan ini, mempunyai lokasi yang baik, dan memenuhi standard pelanggan. Jika tidak, mereka tidak akan dibenarkan memegang lesen francais.

Apabila situasi menjadi teruk seperti pandemik ketika ini, model hartanah ini memberikan risiko kepada pemegang francais, yang mana diwajibkan untuk membayar jumlah minimum sewa tanpa mengira penjualan, seperti yang dipersetujui dalam kontrak.

Boleh dilihat melalui trend pertambahan cawangan francais McDonald’s dan trend menurun dalam jumlah cawangan yang dikendalikan oleh McDonald’s sendiri. Adakah ini petunjuk yang McDonald’s cuba untuk mengundurkan diri dari industri makanan segera?

Sumber: Iluminasi

–

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close