Perumahan
Rumah PPR: Cara Untuk Memohon Rumah PPR Dengan Sewa RM124 Sebulan
Walaupun PPR telah lama dilaksanakan, nampaknya masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana caranya untuk memohon rumah mampu milik ini. Disini kami kongsi cara untuk memohon rumah ini dengan langkah-langkah yang mudah dengan harapan supaya ia dapat memudahkan mereka yang sedang mencari rumah.
Program Perumahan Rakyat (PPR) Untuk Golongan B40
Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semuala setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.
Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekaentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3: 2005)
Ciri-Ciri PPR
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5-18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak jurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruanf DApur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/ Ruang Orang Ramai
- Surau / Ruang Solat
- Gerai Makan / Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/ Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Projek PPR (Disewa)
Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
Projek PPR (Dimiliki)
Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimilik yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang perpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
Syarat-syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- berumur 18 tahin ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Permohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri
Cara Memohon Rumah PPR
Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Negeri/ Pihak berkuasa Tempatan yang berkaitan. Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat seperti di alamat berikut:
- PERLIS INDERA KAYANGAN
- KEDAH DARUL AMAN
- PULAU PINANG
- PERAK DARUL RIDZUAN
- SELANGOR DARUL EHSAN
- NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
- MELAKA
- JOHOR DARUL TAKZIM
- TERENGGANU DARUL IMAN
- KELANTAN DARUL NAIM
- PAHANG DARUL MAKMUR
- KUALA LUMPUR
- SABAH
- SARAWAK
- WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Nota: Prosedur permohonan, syarat kemasukan dan kaedah pemilihan adalah mengikut negeri masing-masing
Langkah-langkah Memohon
1. Layari Portal Sistem Pengurusan Rumah Negara (SPRN) atau KLIK DISINI.
2. Klik Daftar Akaun seperti gambar di bawah.
3. Isikan nama, no kad pengenalan dan emel lalu klik butang daftar. Notifikasi ‘Sila semak emel anda’ akan dipaparkan.
4. Semak emel yang telah didaftarkan dan klik pautan yang diberikan untuk aktifkan akaun pengguna.
5. Cipta kata laluan baru dan klik butang ‘Simpan’.
6. Log Masuk Pemohon dengan isikan No Kad Pengenalan dan klik butang ‘Log Masuk’.
7. Tiba di Dashboard SPRN, klik pautan ‘PILIH SKIM’.
8. Baca syarat kelayakan untuk setiap skim dan pilih projek yang dibuka untuk permohonan dangan klik butang ‘Pilih Skim PPR DISEWA’ atau ‘Pilih SKIM PPR DIMILIKI’.
9. Ikuti arahan selanjutnya dengan mengisi maklumat yang diperlukan sehingga selesai proses pendaftaran.
10. Setelah lengkap permohonan, boleh kemaskini permohonan dengan klik butang ‘Kemaskini Permohonan’.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, anda boleh menghubungi no telefon ini; 03 – 8000 8000, ataupun pergi ke pejabat Jabatan Perumahan Negara mengikut alamat ini:
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
Aras 33, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA
(Bahagian Pengurusan Perumahan)
Selamat mencuba!
Sumber: Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara | Niaga Kini
Artikel Berkaitan: