KWSP
i-Citra: Cara Semakan Status & Tarikh Pembayaran KWSP i-Citra Yang Akan Bermula Pada Ogos 2021
Seperti yang anda telah tahu, permohonan bagi pengeluaran KWSP i-Citra telah bermula pada 12 Julai 2021. Pihak KWSP juga telah mengumumkan bahawa tarikh pembayaran berperingkat ini akan bermula pada 2 Ogos 2021. Bagi semua yang telah membuat permohonan, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah untuk semak status dan tarikh spesifik pembayaran bagi permohonan ini.
Cara Semakan Status & Tarikh Pembayaran i-Citra 2021:
Langkah Semakan Status Permohonan:
- Layari laman web semakan i-Citra: https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
2. Isikan semua maklumat: No. Kad Pengenalan & No. Telefon Bimbit yang berdaftar.
3. Tandakan pada kotak ‘Saya Bukan Robot‘ sebelum menekan butang ‘Semak Status‘.
Langkah Semakan Status Pembayaran:
Cara 1: Layari laman web i-Citra: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login, dan log in ke akaun anda.
Cara 2: Muat turun aplikasi i-Akaun dari Google Play Store atau AppStore dan log in ke akaun anda.
Pembayaran i-Citra Bermula 2 Ogos 2021
Bagi sesiapa yang belum daftar untuk pengeluaran KWSP i-Citra, jangan risau kerana permohonan masih dibuka sehingga 30 September 2021. Anda rujuk cara untuk daftar di SINI. Juga ambil maklum, walaupun pihak KWSP mengumumkan pembayaran i-Citra akan bermula pada minggu hadapan iaitu 2 Ogos 2021, terdapat segelintir yang akan menerimanya dalam masa 1 hingga 3 hari. Hal ini kerana, beberapa bank memerlukan masa untuk meluluskan pengkreditan terus ke akan bank yang telah didaftar semasa permohonan dibuat.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di bawah:
Pautan i-Citra: Permohonan | Soalan Lazim | Panduan Pengguna
Hubungi: (+60)3 8922 4848
Artikel Berkaitan:
—
Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V
Sekarang, Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam