News

Siaran Media – YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 4 Mei 2021

Dalam mengekang penularan COVID-19, Kerajaan sentiasa menilai semula arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya di negeri-negeri yang mencatatkan peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak.

Penilaian semula secara berterusan ini berpandukan sistem amaran awal – Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE), yang dibangunkan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sistem HIDE ini membolehkan Kerajaan untuk mengambil tindakan proaktif dalam mengawal penularan wabak COVID-19. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin telah pun memperincikan sistem HIDE.

Bagi memastikan tiada kekeliruan, segala keputusan dan pengumuman pelaksanaan PKP di mana-mana kawasan ataupun negeri akan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan selepas ia diputuskan dalam sidang mesyuarat MKN.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor

Setelah meneliti pembentangan Kerajaan Selangor serta merujuk kepada KKM dan data HIDE, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk melaksanakan PKP ke atas 6 daripada 9 daerah berikut:

  • Hulu Langat
  • Petaling
  • Gombak
  • Klang
  • Kuala Langat
  • Sepang

 

  • PKP bagi daerah yang terlibat akan mula berkuat kuasa pada 6 Mei sehingga 17 Mei 2021.
  • Manakala 3 lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berada di bawah PKP Bersyarat (PKPB).
  • Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Negeri Selangor telah mencatatkan jumlah kes harian yang tinggi sejak 20 April sehingga 4 Mei 2021. 3
  • Dengan itu, pergerakan merentas negeri dan daerah dalam enam daerah ini adalah tidak dibenarkan sama sekali, KECUALI atas urusan kecemasan.
  • Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 12.00 malam sahaja.
  • Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam.
  • Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam bagaimanapun stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam.
  • Selain itu, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa.
  • Untuk operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang.
  • Bazar ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat. Walau bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan ataupun menutup operasi bazar adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bagi mengetahui SOP lanjut berhubung PKP di 6 daerah ini, anda boleh mengakses laman sesawang MKN di WWW.MKN.GOV.MY.

SOP Hari Raya Aidilfitri

  • MKN turut meneliti pembentangan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mengenai SOP Hari Raya Aidilfitiri yang dijangka akan disambut pada 13 Mei 2021.
  • Bagi Takbir Raya di Masjid/Surau, ianya dibenarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri. Namun begitu, bagi kawasan PKPD, ianya TIDAK DIBENARKAN.
  • Walaubagaimanapun, amalan takbir dari rumah ke rumah adalah TIDAK DIBENARKAN di semua kawasan.
  • Bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP, Solat Sunat Hari Raya dibenarkan berlangsung di Masjid/Surau, namun dengan jumlah kehadiran serta penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
  • Solat Sunat Hari Raya di masjid/surau TIDAK DIBENARKAN di kawasan PKPD.
  • MKN juga telah membuat keputusan bahawa jamuan selepas Solat Hari Raya di Masjid/Surau, rumah terbuka hari raya, ziarah tanah perkuburan adalah tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.
  • Bagi kawasan PKPB dan PKPP, Jamuan Selepas Solat Hari Raya di masjid dan surau dibenarkan tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri. Jawatankuasa Masjid/Surau digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.
  • Ziarah Hari Raya bagi PKP adalah dibenarkan pada 1 SYAWAL SAHAJA dengan kehadiran tetamu adalah tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
  • Ziarah Hari Raya bagi PKPB dan PKPP adalah dibenarkan pada 1 sehingga 3 SYAWAL SAHAJA. Namun begitu bagi kawasan PKPB kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satusatu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
  • Manakala, bagi kawasan PKPP ziarah Hari Raya dibenarkan dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satusatu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal. 6
  • Dalam memastikan penularan wabak ini terkawal, tuan rumah digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, menggunakan QR Code MySejahtera atau menyediakan buku bagi mencatatkan nama dan no. telefon tetamu.
  • Ziarah tanah kubur dibenarkan bagi kawasan PKPB dan PKPP dengan syarat had tidak melebihi 6 orang bagi satu lot/petak kubur serta tidak lebih daripada 30 minit.
  • Walaubagaimanapun, ziarah tanah kubur bagi kawasan PKP dan PKPD adalah tidak dibenarkan.
  • Bagi kawasan PKP Diperketatkan (PKPD), sambutan Hari Raya Aidilfitiri hanya dibenarkan dalam kalangan ahli keluarga daripada rumah yang sama sahaja. Ini bermakna mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar daripada rumah dan melakukan amalan kunjung mengunjung.
  • Penganjuran sebarang majlis/ rumah terbuka hari raya bagi semua kawasan adalah tidak dibenarkan.

 

MySejahtera

  • Bagi memperkasakan lagi sistem HIDE, Kerajaan telah membuat keputusan untuk mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera di semua tempat awam, premis perniagaan, pejabat, masjid dan rumah-rumah ibadat. Semua premis juga diwajibkan untuk mendaftar dengan aplikasi MySejahtera.
  • Pengecualian diberikan bagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai capaian internet khususnya di kawasan kampung dan pedalaman.

 

Gelembung Pelancongan Bersasar

Kerajaan juga membuat keputusan untuk MENGGANTUNG KEBENARAN rentas negeri melalui Gelembung Pelancongan Bersasar (Green Travel Bubble) ke kawasan PKPP ke PKPP bagi tujuan pelancongan menggunakan agensi pelancongan berkuat kuasa serta-merta.

 

Penamatan PKPD di Rumah Panjang Matthew, Pakan, Sarikei, Sarawak

  • Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Panjang Matthew, Pakan, Sarikei, Sarawak yang dijadualkan tamat pada esok 5 Mei 2021.
  • Dalam tempoh itu, sebanyak 16 kes positif COVID-19 telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hasil daripada keseluruhan 67 ujian saringan yang dilakukan di rumah panjang tersebut.
  • KKM juga mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala kes terakhir telah direkodkan pada 26 April 2021 iaitu 14 kes.
  • Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Rumah Panjang Matthew, Pakan, Sarikei, Sarawak pada 5 Mei 2021, seperti yang dijadualkan.

Penamatan PKPD tiga (3) taman perumahan di Lahad Datu, Sabah

  • Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga taman perumahan iaitu Taman Aman 3, Taman Aman Jaya dan Taman Palm Height, Lahad Datu, Sabah yang dijadualkan tamat pada esok, 5 Mei 2021.
  • Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 174 ujian saringan di ketiga-tiga taman tersebut namun hanya tiga (3) kes positif COVID-19 direkodkan.
  • KKM juga mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.
  • Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Taman Aman 3, Taman Aman Jaya dan Taman Palm Height, Lahad Datu, Sabah pada 5 Mei 2021, seperti yang dijadualkan.

 

Pelanjutan PKPD di Rumah Panjang Dinggai, Pakan, Sarikei, Sarawak

  • Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Panjang Dinggai, Pakan, Sarikei, Sarawak yang dijadualkan tamat pada esok 5 Mei 2021.
  • Sebanyak 21 kes positif telah direkodkan hasil daripada keseluruhan 51 ujian saringan COVID-19 yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di rumah panjang tersebut.
  • KKM juga memaklumkan, masih berlaku penularan kes dalam kalangan penghuni rumah panjang tersebut serta terdapat kes baharu direkodkan di lokaliti itu.
  • Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Rumah Panjang Dinggai, Pakan, Sarikei, Sarawak bermula 6 Mei sehingga 19 Mei 2021.
  • SOP PKPD sama seperti yang telah diumumkan sebelum ini dan untuk maklumat lanjut, sila rujuk di laman sesawang MKN iaitu https://www.mkn.gov.my

 

Task Force Operasi Pematuhan

  • Kerajaan telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya meningkatkan pemantauan pematuhan SOP di negeri-negeri dan kawasan-kawasan hotspot yang dikenalpasti di bawah sistem HIDE.
  • Langkah-langkah penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasaan yang lain juga akan dipertingkatkan di lapangan.
  • Semalam, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah melakukan 70,851 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.
  • 301 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 293 individu dikompaun manakala 8 lagi direman.
  • Antara kesalahan yang direkodkan: o Gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (127) o Tidak memakai pelitup muka (70) o Tiada penjarakan fizikal (19) o Lain-lain (85) 12 Kawalan Sempadan Negara
  • Operasi BENTENG (Op BENTENG) semalam telah menangkap sembilan (9) orang Pendatang Tanpa Izin (PATI) serta merampas empat (4) buah kenderaan darat.
  • Sebanyak 173 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui 13 aktiviti penglihatan.
  • Op BENTENG melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 280 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam iaitu: o Op PENAWAR (ATM, PDRM dan RELA) – 224 SJR o Op BENTENG PDRM – 47 SJR o Op BENTENG AKSEM – 9 SJR Operasi Sanitasi Awam
  • Semalam, sebanyak 74 operasi sanitasi dilakukan meliputi 36 zon merah, 2 zon jingga, 6 zon kuning dan 5 zon hijau di seluruh negara.
  • Operasi sanitasi ini melibatkan 471 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 102 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 75 buah jentera JBPM. 13
  • Sebanyak 22,587 operasi sanitasi yang merangkumi 156 zon telah dilakukan sejak 30 Mac 2020. Operasi sanitasi melibatkan pusat perniagaan, kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), tempat awam, pasar raya dan bangunan kerajaan. Kuarantin Wajib
  • Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 195,229 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 73 hotel dan sembilan (9) Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.
  • Daripada jumlah itu, seramai 8,664 individu telah dikuarantin dan 184,757 orang dibenarkan pulang manakala 1,808 lagi dibawa ke hospital.
  • Semalam, seramai 1,008 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan telah dikuarantin di 36 stesen kuarantin di seluruh negara.
  • Bermula minggu hadapan, individu yang diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah atau Home Surveilance Order (HSO) bagi mereka yang dikategorikan sebagai kontak rapat akan diwajibkan untuk memakai peranti pengawasan bagi tujuan pengesanan.

Source: Talking Points: YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menteri Kanan Pertahanan 4 Mei 2021

Nicholas Lim Pinn Yang

Co-founder of Good Foodie Media Sdn Bhd

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close