News

E-Lembaga Peperiksaan: Panduan Mohon Semula Salinan Sijil SPM, PMR Hilang Secara Dalam Talian

Sijil-sijil peperiksaan sewaktu di zaman persekolahan sebenarnya penting bagi sesebuah urusan. Terutama sekali bagi urusan permohonan kerja. Bagi sesetengah syarikat, dokumen sijil-sijil peperiksaan adalah penting bagi melayakkan seseorang itu mendapatkan sesuatu pekerjaan yang dimohon. Justeru itu, di sini kami kongsikan cara nak dapatkan sijil peperiksaan yang hilang beserta info tambahan yang kami sertakan tentang e-Lembaga Peperiksaan.

Dapatkan Sijil Hilang Secara Online Melalui Aplikasi e-Lembaga Peperiksaan

  1. Muat turun aplikasi e-Lembaga Peperiksaan: https://play.google.com/store/apps/details?id=lpm.mobile.app&hl=en&gl=US (Playstore)
  2. Buka Aplikasi e-Lembaga Peperiksaan
  3. Lepas tu boleh pilih nak salinan keputusan apa.
  4. Klik dekat situ dan isikan maklumat pada borang permohonan.
  5. Akan ada caj dikenakan, so proceed untuk buat bayaran. (*Untuk SPM cajnya RM30)

Info Tambahan

Menurut e-Lembaga Peperiksaan, tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut.

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam.
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja.
  3. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam.
  4. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja.
  5. Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SPVM, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) – tujuh (7) hari bekerja.

Jadi lepas ni janganlah risau lagi, kita juga boleh gunakan laman web e-Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan semula sijil peperiksaan yang hilang dengan cepat dan mudah.

Maklumat Lanjut

Untuk makluamt lanjut, sila layari https://elp.moe.gov.my/.

Sumber: @shawlpostcard (Twitter)

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close