News
TEDUH: Pasangan Baru Berkahwin Kini Boleh Memohon Rumah Sewa Transit RM250 Sebulan
Untuk memulakan kehidupan baru selepas berkahwin tidaklah mudah. Perkara pertama yang menjadi kerisauan pasangan muda di Malaysia sekarang ini adalah mencari rumah mampu milik untuk diduduki bersama. Dengan inisiatif kerajaan ini, pasangan yang baru berkahwin berpeluang untuk menyewa rumah yang selesa hanya dengan harga RM250.00 sebulan.
Inisiatif Rumah Transit Kurang Beban Pasangan Baru Berkahwin
Inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, terdapat satu program dimana pasangan yang baru sahaja berkahwin boleh menduduki rumah dengan hanya sewa RM250 sebulan. Ianya juga bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan. Oleh itu, bagi pasangan yang masih tercari-cari tempat untuk berteduh, bolehlah mencuba program ini.
Kadar dan tempoh sewaan
Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun. Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.
Syarat-syarat kelayakkan
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bagi permohonan rumah transit ini :-
- Pemohon & pasangan adalah warganegara Malaysia
- Pemohon telah berkahwin
- Pemohon berumur antara 18 hingga 30 tahun
- Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
- Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
- Tiada rekod jenayah
Ciri-ciri Rumah Transit
- Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi
- 2 atau 3 bilik tidur
- 2 bilik air
- Ruang tamu
- Ruang dapur
- Dilengkapi dengan kipas dan lampu
Kemudahan Rumah Transit
- Dewan serbaguna
- Ruang taska
- Kedai / gerai
- Pejabat pengurusan
- Tempat letak kereta
- Tempat letak motosikal
- Pagar kawasan
- Kawalan keselamatan
- Surau
- Lif
- Landksap
Lokasi Rumah Transit
Buat masa ini, sebanyak 2 blok (Blok L dan M) di PPR Pinggiran Bukit Jalil yang mengandungi sebanyak 632 unit rumah dijadikan projek perintis bagi program ini. Program ini akan diperluas ke bandar-bandar besar seluruh Malaysia.
Cara Untuk Memohon
Untuk memohon Projek Perumahan Rakyat, anda bolehlah mengemukakan permohonan melalui talian online sahaja. Permohonan manual adalah tidak diterima buat masa sekarang.
Berikut merupakan cara-cara memohon PPR di portal TEDUH:-
- Layari laman Web SPRN (https://sprn.kpkt.gov.my/user/register)
- Daftar maklumat anda di laman web tersebut dengan memasukkan nama penuh, no kad pengenalan dan e-mail anda.
- Selepas memasukkan maklumat, anda perlu log in ke di portal SPRN tersebut.
- Pilih Skim mengikut kelayakan anda.
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan tepat dan sahih.
- Pilih Projek (Rumah Transit)
- Muat naik dokumen sokongan yang diminta.
- Buat pengesahan dan hantar permohonan anda.
- Semakan status permohonan anda boleh dibuat di portal (https://spkpm.lphs.gov.my/check) yang berikut,
- Semoga berjaya!
Maklumat Lanjut
Cawangan Pengisian dan Penjualan, Bahagian Pengurusan Perumahan
03-8891 4052 / 4061 / 4400
Melalui emel
Pertanyaan Skim Rumah Transit: rt1m@kpkt.gov.my
Masalah Aplikasi: teduh@kpkt.gov.my
Artikel Berkaitan