PKP 2.0
Telefon Pintar Percuma: Cara Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma Untuk Pelajar Golongan B40
Dengan sesi pembelajaran sekarang yang lebih moden, pastinya setiap ibubapa perlu sediakan paling kurang satu gadget untuk anak-anak mereka dirumah. Namun begitu, tidak semua rumah mampu untuk memnuhi keperluan tersebut. Daripada itu, pelbagai bantuan telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk membantu keluarga-keluarga tersebut.
Bantuan Telefon Pintar Percuma B40
Program bantuan ini merupakan inisiatif anjuran Yayasan YTL Foundation dimana pelajar yang berkelayakan akan diberikan Telefon Bimbit B40 Percuma beserta kad SIM YES 4G yang dilengkapi dengan 120GB data selama setahun (10GB/sebulan). Program yang bermula sejak 2020 ini kini dipanjangkan sehingga 30 Jun 2021.
Sekiranya anda tahu sesiapa sahaja yang anaknya tidak dapat mengikuti pembelajaran online kerana tiada telefon pintar dirumah, anda boleh mencalonkan mereka untuk bantuan ini.
Cara Untuk Memohon Bantuan Telefon Pintar Percuma B40
Sebelum mencalonkan seseorang pelajar, anda perlu pastikan pelajar itu adalah dalam kalangan B40. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipenuhi sebelum memohon:
- Dapatkan kebenaran daripada ibubapa pelajar berkenaan, dan dapatkan maklumat berikut:
- Nombor MyKid/ MyKad pelajar.
- Nombor Kad Pengenalan IbuBapa.
- Status B40 ibubapa (ibubapa mestilah penerima BSH/ BPN).
- Mempunyai anak sekolah kerajaan.
*Contoh dibawah. Sertakan tangkapan skrin (Screenshot) berikut sebagai bukti:
2. Jika anda ingin memohon secara online, pemohon perlu daftar nama & isi maklumat peribadi yang diperlukan. Klik disini untuk mendapatkan borang permohonan tersebut.
1 Keluarga, 1 Set Telefon Percuma
Keluarga yang telah disahkan layak cuma akan terima 1 telefon sahaja di bawah program ini. Didalam set tersebut, anda akan menerima 1 telefon pintar dan 1 simkad percuma dengan pelan 10GB sebulan selama 12 bulan. Setelah lulus, set tersebut akan terus sampai ke alamat yang telah dibarikan dan pelajar boleh terus mula belajar secara online!
Sumber: Facebook | Portal Malaysia
Artikel Berkaitan: