Lifestyle

4 Fakta Menarik DuitNow QR Yang Akan Tukar Kehidupan Seharian Korang!

Dalam era digital ini, penggunaan sistem pembayaran elektronik semakin berkembang pesat, termasuk pengenalan DuitNow QR sebagai kaedah pembayaran yang mudah dan cekap. Tapi, masih ada yang belum tahu sepenuhnya tentang kelebihan ini. Untuk membetulkan miskonsepsi yang mungkin ada, inilah  perkara-perkara yang korang wajib tahu tentang pembayaran DuitNow QR dan Kadar Diskaun Peniaga (MDR).

Mula Bayar Dengan DuitNow QR Untuk Perbelanjaan Kehidupan Harian

Kadar Diskaun Peniaga (MDR) – Apa & Bagaimana?

Semestinya berita hangat tentang MDR pernah didengari semua. Bagi yang belum tahu, MDR adalah kos yang diperlukan untuk mengekalkan sistem pembayaran dan menjaga standard keselamatan yang tinggi. Ini penting untuk memastikan semua pihak, dari peniaga hingga pelanggan, terus yakin menggunakan perkhidmatan pembayaran elektronik setiap hari.

Tapi, tahukah MDR – yuran biasa untuk perkhidmatan pembayaran elektronik seperti kad atau kod QR ini hanya dikenakan kepada peniaga, bukan pelanggan. Ia biasanya dikenakan berdasarkan peratusan daripada harga yang dibayar oleh pelanggan kepada peniaga. Peniaga akan menerima bayaran daripada pelanggan mereka selepas potongan MDR dilakukan.

4 Fakta Menarik Tentang Kelebihan Melalui Pembayaran DuitNow QR

1. Pembebasan MDR untuk Peniaga Kecil

Gambar: Kishor dari Unsplash

Bagi perniagaan kecil, kebanyakan pemberi perkhidmatan DuitNow QR telah menyatakan bahawa mereka akan terus mengecualikan MDR bagi perniagaan kecil. Ini bermaksud DuitNow QR tetap menjadi salah satu pilihan pembayaran termurah untuk peniaga.

2. Pilihan Pembayaran Termurah

DuitNow QRGambar:  Towfiqu barbhuiya di Unsplash

Tahukah setiap perniagaan mempunyai kos tunai yang tidak kelihatan. Mari kita lihat – peniaga yang menggunakan pembayaran tunai dari pelanggan perlu menghadapi kos kakitangan yang terlatih untuk mengendalikan tunai, kos keselamatan dalam menyimpan tunai, dan kos masa untuk pergi ke bank menguruskan proses deposit atau pengeluaran tunai. Tapi, dengan kaedah pembayaran elektronik – tidakkah semua kos itu tersingkir dengan sekelip mata?

3. Kemudahan Melancong

DuitNow QRGambar: freepik

Apabila melancong ke luar negara, antara perkara yang paling dirisaukan adalah wang tunai yang dipengang. Tapi, kini orang Malaysia yang ingin melancong ke negara-negara jiran kami yang termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand tak perlu risau tentang perkara itu lagi. Era digital ini telah memudahkan semua urusan pembayaran ke tahap maksima. Hanya perlu imbas kod QR tempatan menggunakan aplikasi bank atau e-wallet seperti aplikasi MAE, aplikasi Touch ‘n Go dan banyak lagi. Sekarang, dompet lebih ringan tanpa wang tunai dan syiling!

4. Pendekatan Saling-Mengutungkan Untuk Pelancong

DuitNow QRPhoto: freepik

Kemudahan ini juga berfungsi sebagai pendekatan saling-menguntungkan antara negara-negara seperti Indonesia, Singapura, dan Thailand dengan Malaysia. Dengan adanya peniaga-peniaga lokal yang menukarkan cara pembayaran ke e-pembayaran, pelancong-pelancong asing juga boleh membuat pembayaran dengan mengimbas DuitNow QR apabila mereka melancong ke Malaysia. Ini bukan sahaja memberi dorongan kepada sektor pelancongan tempatan tetapi juga meningkatkan perniagaan di Malaysia.

Mulakan Tahun Baru Anda Dengan Memudahkan Cara Anda Membayar Harian

Kini sudah 2024, masanya untuk tinggalkan dompet tebal dan masuk ke dunia e-pembayaran dan DuitNow QR! Mudahnya pembayaran harian boleh dilakukan dengan menggunakan telefon sahaja – lebih cepat dan cekap. 

Baca Juga: Makan & MENANG Besar Sehingga RM5,000 Dengan Aplikasi MAE Maybank November Ini!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close