Sekiranya anda sudah membuat permohonan rayuan GKP 2.0, berita ini khas untuk anda. Perkongsian ini adalah untuk pemberitahuan semakan status dan tarikh bayaran bagi permohonan rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0). Teruskan membaca teks dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.
Semakan Status Kelulusan Rayuan GKP 2.0
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tempoh permohonan rayuan GKP 2.0 telah dibuka antara 7 hingga 21 Disember tahun lalu. Perkara ini diumumkan oleh sebuah kenyataan media pada 3 Februari 2021 semalam. Semakan status kelulusan rayuan GKP 2.0 boleh dibuat mulai 4 Februari 2021 melalui portal GKP.
Tarikh Pembayaran Rayuan GKP 2.0
Untuk makluman, tarikh bayaran bagi permohonan rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) yang LULUS akan dibuat pada 5 Februari 2021. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan ketika permohonan rayuan dibuat.
Cara Semakan Status Rayuan GKP 2.0 & Maklumat Pembayaran
Untuk membuat semakan Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0, sila ikuti langkah berikut:
- Layari portal rasmi GKP: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
- Sila Log Masuk seperti biasa
- Masukkan ID Pengguna
- Tekan kotak Semak
- Selepas berjaya login, maklumat berikut akan dipaparkan:
- Nama
- Nombor MyKad
- Status Permohonan
6. Status Permohonan dan kelulusan anda akan dipaparkan.
7. Maklumat Pembayaran juga akan dipaparkan, sama ada BERJAYA KREDIT atau GAGAL KREDIT.
GKP Tambahan Untuk Negeri PKP
Selain GKP 2.0, Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000 seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI. GKP Tambahan RM1,000 untuk negeri PKP ini akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai status semakan Rayuan GKP 2.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
—
Artikel Berkaitan: