Bagi orang ramai yang telah memohon kemudahan i-Sinar bagi kategori 2, anda kini boleh membuat semakan status permohonan anda secara atas talian. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa orang ramai boleh membuat semakan status permohonan kemudahan i-Sinar bagi kategori 2 mulai 8 Februari 2021 bermula jam 8.00 pagi.
Semakan Status i-Sinar Kategori 2
Oleh itu, bagi orang ramai yang telah membuat semakan sebelum ini dan mendapati bahawa permohonan mereka diluluskan, mereka perlu membuat semakan sekali lagi. Ini kerana, terdapat masalah teknikal yang telah berlaku kepada paparan status i-Sinar yang berlaku apabila pemohon membuat semakan permohonan yang dilakukan sebelum 8 Februari 2021.
Syarat Pengeluaran i-Sinar Kategori 2
Untuk makluman, i-Sinar bagi Kategori 2 adalah bagi pencarum yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020. Selain itu, mereka juga perlu memastikan bahawa baki minima di dalam akaun 1 mestilah sekurang-kurangnya sebanyak RM100 daripada jumlah keseluruhan yang dipohon.
Cara Membuat Semakan
Orang ramai yang ingin membuat semakan permohonan i-Sinar Kategori 2, terdapat dua cara semakan iaitu melalui laman web rasmi i-Sinar atau melalui i-akaun KWSP.
Bagi semakan melalui laman web rasmi i-Sinar, semakan boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web rasmi i-Sinar iaitu https://isinar.kwsp.gov.my.
- Klik bahagian ‘Semak Status.’
- Masukkan no kad pengenalan dan telefon bimbit.
- Klik pada kotak ‘Saya Bukan Robot.’
- Klik butang ‘Semak Status.’
- Keputusan status permohonan dipaparkan
Untuk semakan melalui i-akaun KWSP, semakan boleh dilakukan melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
- Log masuk dengan memasukkan no ID dan kata laluan.
- Klik pada pada peti mesej atau inbox.
- Status permohonan i-Sinar pemohon dipaparkan.
Tarikh Pembayaran
Setakat ini, pembayaran bagi i-Sinar Kategori 2 bagi pemohon yang berjaya akan mula dilaksanakan secara berperingkat mulai 25 Februari 2021.
Walau bagaimanapun, bagi pemohon yang telah menerima Bayaran Interim i-Sinar sebanyak RM1,000 sebelum ini, pemohon akan menerima baki pembayaran yang telah dipohon.
Sebagai contoh, jika pemohon telah menerima bayaran interim sebanyak RM1,000 dan permohonan bagi pengeluaran i-Sinar Kategori 2 diluluskan, pemohon akan menerima baki bayaran sebanyak RM9,000.
Maklumat Lanjut
Bagi pertanyaan lanjut mengenai kemudahan i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber: KWSP
—
Artikel Berkaitan: