News
Jangan Buang Duit Kertas Koyak, Boleh Tukar Di Bank Negara
Kalau dah namanya duit, walau koyak tetap kita sayang nak buang. Selalunya kita simpan saja. Perlu diketahui duit kertas yang terkoyak ini sebenarnye masih bernilai sekiranya ditukarkan di Bank Negara Malaysia (BNM). Ketahui cara-cara nya dengan maklumat di bawah.
Lelaki Ini Kongsi Tips Apa Boleh Buat Jika Duit Terkoyak
Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter, Abdul Rahman Al Amin Ismail, memberitahu duit kertas yang ditukar BNM ini mempunyai nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz.
Dengan kata lain kalau koyak sikit bermakna kita boleh dapat nilai yang sama dengan duit yang koyak. Jika koyak separuh, nilai yang kita terima pun separuh. Jadi selepas ini jika mempunyai wang kertas lama yang terkoyak, jangan buang. Boleh kumpul dan pergi ke BNM untuk mendapatkan nilainya semula.
Kenyataan Dari Bank Negara Malaysia:
Sumber: @RahmanIsmail_ (Twitter)
–
Tonton Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam
New Shopee Deals: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Everyday Low Price https://lzd.la/page