News
MySalam: Cara Untuk Mohon Bantuan Kewangan RM700 Bagi Golongan B40
MySalam merupakan skim bantuan untuk perlindungan kesihaatan secara percuma. Bantuan ini disediakan oleh kerajaan agar dapat memberikan manfaat perlindungan takaful bagi mereka yang layak untuk menerima skim Perlindungan Masyarakat MySalam menerusi Tabung Amanah MySalam.
Bantuan Kewangan RM700 Bagi Golongan B40
Skim MySalam ini bertujuan untuk membantu kepada golongan miskin yang memerlukan bantuan tetapi mengalami masalah kewangan terhadap penyakit-penyakit kritikal yang dialami.
Kelayakkan Untuk Memohon
- Individu berumur antaran 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
- Individu bujang berumur andatara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24, 000 setahun.
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24, 000 setahun.
Panduan Untuk Menuntut MySalam
Tahukah anda? Kepada anda yang berada dalam tempoh kuarantin, anda juga boleh membuat tuntutan skim MySalam ini.
Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
- Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
- Mereka yang sedang dikuarantin boleh memohon MySalam. Wang boleh dituntut sehingga RM50 sehari. Contohnya: Kamu dikuarantin 10 hari (50 x 10) = RM500. (Tuntutan boleh dilakukan selama 1- 14 hari kuarantin).
Kepada anda yang ingin memohon, sila rujuk cara seperti di bawah:
- Layari www.mysalam.com.my
- Masukan kad pengenalan tanpa (-)
- Klik pada butang semak
- Skrol bawah sampai jumpa “LAYAK” atau “TIDAK LAYAK”.
Panduan Membuat Tuntutan Secara Atas Talian
- Log masuk ke portal MySalam dengan klik disini.
- Kepada yang belum pernah mendaftar MySalam, sila daftar dahulu. “Klik LOG MASUK KALI PERTAMA” dan ikut langkah seperti yang diarahkan.
- Kalau anda sudah mendaftar, anda perlu membuat pengesahan dengan nombor telefon. Sekiranya nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, anda boleh hubungi talian bantuan. Anda akan dibantu untuk ‘reset’ kata laluan anda dan anda boleh log masuk dan tetapkan password baru.
- Kemaskini profile.
- Setelah selesai kemaskini profile anda boleh klik mengikut turutan ini;
- Tuntutan –> Penyerahan Tuntutan –> Tuntutan Hospitalisasi –> Masukkan tarikh mula kuarantin dan tamat kuarantin –> Pilih Non Panel Untuk (Nama Hospital) –> Muat Naik Salinan IC –> Muat Naik Borang Annex 14 & 17 (contoh borang annex 14 dan 17 ada dalam gambar).
- Hantar.
- Selepas hantar, anda boleh tunggu keputusan.
Panduan Permohonan Manual
- Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk MySalam.
- Bawa salinan IC dan borang Annex 14 & 17. Jika anda berada di Labuan, kiosk MySalam boleh didapati di Hospitak Nukleusb.
- Anda boleh serahkan sahaja borang yang ada dan mereka akan tolong isikan untuk anda.
Maklumat Lanjut
Kepada yang berada di tempat lain, anda boleh menghubungi nombor telefon MySalam seperti dibawah;
Telefon: 1-300-88-8938
E-mail: info@mysalam.com.my
Artikel Berkaitan: