Tempat Menarik

Tempat Menarik di Langkawi 2019

Chocolate Heaven!

Dah cari tempat nak pergi holiday hujung tahun ni? Kalau belum, kami nak suggest kat korang untuk bercuti kat Langkawi. Kenapa Langkawi? Mestilah sebab Langkawi ada banyak tempat yang menarik dan best kat sana. Baik datang bersama keluarga ataupun kawan-kawan, Langkawi adalah tempat yang sangat sesuai untuk setiap peringkat usia. Jom baca apa yang best kat Langkawi ni.

Tempat Menarik di Langkawi

Perkataan Langkawi berasal dari ‘Lang’ dan ‘Kawi’ dimana ‘Lang’ merujuk kepada burung Helang yang boleh dilihat terbang bebas disekitar Langkawi. Manakala ‘Kawi’ pula merujuk kepada Batu Kawi yang juga banyak di Langkawi. Kalau korang perhatikan, Patung Helang di Dataran Lang juga diatas Batu Kawi. Pulau Lagenda ini juga terkenal dengan gelaran Permata Kedah dan pulau ini bebas cukai jadi bagi kaki shopping, ni la tempat yang best untuk korang bercuti.

1. Umgawa Legendary EcoAdventures

Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: @khairolnazraie
Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: umgawalegendaryadventures

Bagi peminat aktiviti lasak dan gemarkan ledakkan adrenalin, Umgawa Legendary EcoAdventures akan memberikan korang pengalaman baru dimana korang akan merentasi hutan hujan tropika yang tertua di Malaysia melalui zipline! Korang juga boleh melihat Air Terjun Telaga Tujuh dan Cable Car semasa melalui zipline tersebut. Umgawa merupakan satu-satunya zipline yang berada di Langkawi buat masa ini yang pastinya memberikan pengalaman yang cukup menarik untuk korang. Pilih dari 5 pakej yang anda suka dan lakukan tempahan awal untuk lebih penjimatan!

? Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah

? 8.30 AM – 4.30 PM

? +604 950 2828

?️ Semak Harga

2. Sunset Cruise Langkawi

Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: @lindalee7804
Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: @crystalyachtholidays

Lupakan kebiasaan melihat matahari terbenam di tepi pantai! Sekarang korang boleh tengok matahari bersinar-sinar di permukaan lautan luas pada waktu senja yang pasti akan mengujakan dan membuatkan korang jatuh cinta dengan alam semulajadi. Dengan peluang untuk melihat ikan melompat keluar dari permukaan air dan burung-burung terbang bebas di langit merupakan pengalaman yang sangat menarik dan pastinya menjadi gambar yang sangat instagrammable! Selain itu korang juga boleh menikmati permandangan dari saltwater Jacuzzi dan juga peluang untuk menikmati ‘green flash’ semasa matahari terbenam.

?243 Kg Berjaya, 07000 Pantai Cenang, Langkawi,Kedah

? 10 AM – 8 PM

? +604 955 6545

?️ Semak Harga

 

3. Langkawi Cable Car

Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: @Rei Qua
Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: @Rei Qua

Cable Car merupakan aktiviti yang wajib korang buat kalau korang baru pertama kali menjejaki Langkawi. Sepanjang perjalanan korang akan lihat kehijauan hutan dan gunung-ganang yang sangat cantik. Air Terjun Telaga Tujuh juga boleh dilihat dari kejauhan menjadikan pemandangan disini sangat menarik. Selain cable car, korang juga boleh mencuba pelbagai aktiviti lain disini. Antaranya ialah Sky Bridge, Oriental Village, SkyDome, SkyRex, 3D Art Langkawi, dan Time Travel. Cable Car adalah tempat yang sangat sesuai untuk dikunjungi kerana mempunyai kawasan yang luas untuk dilawati dan sesuai untuk kanak-kanak juga.

? Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah

? 10 AM – 7 PM(Isnin – Khamis), 12 PM – 7 PM(Rabu), 9.30AM–7PM (Jumaat – Ahad)

? +604-959 4225/1225

?️ Semak Harga

4. Underwater World Langkawi

Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: @malei
Sumber: @underwaterworldlangkawi

Underwater World adalah tempat yang sangat sesuai bagi korang yang melancong bersama anak-anak. Bukan hanya kerana tempat yang menarik tetapi korang juga boleh mengenali dan belajar tentang jenis-jenis ikan yang ada. Tempat ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti hujan hujan tropika, antartika, fresh water, hidupan laut dalam, coral dan sebagainya. Apa yang paling menarik ialah, korang boleh melihat Penguin life depan mata! Selain Underwater World, korang juga boleh cuba beberapa aktiviti lain yang ada di Underwater World ini iaitu Life & Magic World, Magic Mirror, Virtual Reality game, Typhoon Pavilion dan Lost World Tunnel.

?Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah,

? 10 AM – 6 PM

? +604-955 6100

?️ Senarai Harga Penuh

5. Langkawi Wildlife Park

Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: @anna_stel8
Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: @mizz4yuworkplay

Langkawi Wildlife Park ialah ‘mini zoo’ yang korang boleh lawati ketika di Langkawi. Tempat disini sangat menarik dan sesuai untuk bawa anak-anak sebab haiwan kat sini semuanya jinak dan boleh bagi makan. Antara haiwan menarik disini ialah Flamingo, Racoon, Landak, Merak, Kancil dan banyak lagi. Bagi yang melancong bersama anak-anak, ini adalah tempat yang korang mesti kunjungi. Bukan hanya berseronok, anak-anak juga boleh belajar dan mengenali haiwan dengan lebih dekat lagi.

? Lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah

? 8.30 AM – 6 PM

? +604-966 5855

?️ Senarai Harga Penuh

6. Island Hopping

Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: @iam.youcef.djoudi
Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: @rara_rinera_nyinyasabre

Island Hopping di Langkawi biasanya mempunyai tiga destinasi iaitu Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Eagle Feeding. Tasik Dayang Bunting mendapat nama dari bentuk bukit yang kelihatan seperti wanita mengandung yang berbaring. Sebaik sahaja korang sampai, korang akan lihat kedamaian tasik yang terlindung dengan bukit dan dikelilingi air laut. Bagi korang yang ingin lihat kawasan sekitar tasik ini, anda boleh menyewa paddle boat dan bersiar-siar mengelilingi tasik tersebut. Di Pulau Beras Basah pula, andaakan lihat kejernihan air laut yang biru hijauan dan pasti akan membuat anda jatuh cinta! Eagle Feeding akan memberi pengalaman baru kepada anda dimana anda akan lihat burung-burung helang berterbangan dan menjunam ke permukaan air untuk mendapatkan makanan.

Tips: Buat tempahan awal atau beli pakej anda melalui online untuk harga yang berbaloi dan lebih murah.

7. Pantai Cenang

Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: @jellochka
Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: bezissr

Pantai Cenang merupakan persisiran pantai yang sangat popular di Langkawi. Pantai Cenang menjadi tumpuan kerana lokasinya yang strategik dan mempunyai banyak tempat menarik di sekitarnya. Kalau korang mencari tempat untuk bermalam yang murah dan berpatutan, Pantai Cenang merupakan salah satu daripadanya. Bukan sekadar harga yang murah, aktiviti pada waktu malam di Pantai Cenang juga sangat menarik dimana korang boleh membeli-belah sepanjang pantai tersebut.

? Pantai Cenang

? 24 Jam

8. Pulau Payar Marine Park

Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: @angiecwakefield
Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: @lakshmsh

Pulau Payar adalah pulau yang terletak diantara Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Pulau ini tidak berpenghuni menjadikan pulau ini sangat bersih dan airnya juga jernih sehingga terumbu karang boleh dilihat dari permukaan air. Walaupun pulau ini tidak berpenghuni, tetapi korang boleh datang untuk berenang, scuba atau snorkeling disini. Pulau ini sangat cantik dan jernih sehingga anda boleh berenang disamping puluhan ribu ikan yang ada dipantai itu. Terdapat tiga jeti yang boleh boleh pergi untuk sampai kesini iaitu dari Kuala Kedah (30 min), Pulau Langkawi (1 jam) atau Pulau Pinang (2 jam). Kebanyakkan pelancong mengambil pakej dari agensi di Langkawi dan semuanya akan diuruskan oleh pihak agensi.

? Pulau Payar

9. Kilim Geoforest Park

Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: @langkawi_naturallife
Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: @whatsthehelen

Mangrove tour ialah lawatan sekitar Kilim Geoforest Park yang diiktiraf oleh UNESCO dan merupakan yang pertama di Asia Tenggara. Mangrove tour secara ringkasnya akan membawa korang menerokai hutan paya bakau, menyusuri sungai dengan bot, melawat gua buaya, melawat sangkar ikan , melihat helang dan juga gua kelawar. Negara Thailand juga boleh dilihat dari kejauhan semasa berada disini. Jadi bagi anda yang ingin mencuba sesuatu yang baru, ini merupakan aktiviti yang sesuai untuk anda. Pakej untuk ke Kilim Geoforest Park juga sangat mudah untuk didapati dari mana-mana agensi pelancongan yang ada di Langkawi.

? 07000 Langkawi, Kedah

? 8.30 AM – 5 PM

? 04-959 2323

?️ RM 250/Bot (Maksima 10 Orang)

Sumber: Resepi Kek Sedap

10. Air Terjun Telaga Tujuh

Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: umgawalegendaryadventures
Tempat Menarik di Langkawi
Sumber: @gioiadk

Air Terjun Telaga Tujuh merupakan rangkaian air terjun yang berasal dari tujuh mata air, mengalir ke tujuh telaga semula jadi. Nama Air Terjun Telaga Tujuh berasal dari air yang mengalir dari satu kolam ke satu kolam yang lain dan membentuk tujuh kolam pada setiap tingkat. Untuk sampai ke sini, korang perlu daki kira-kira 600 anak tangga yang agak curam dan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tapi sebaik saja korang sampai, korang akan nampak pemandangan yang sangat cantik dan menghilangkan penat mendaki.

? Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah

Konklusi

Penulis telah menyenaraikan 10 tempat menarik yang ada di Langkawi. Bagi anda yang ingin mengunjungi Langkawi, anda boleh tempat-tempat menarik yang kami telah senaraikan untuk dikunjungi pada percutian akan datang.

Tags

Junaidah Idrus

makan.eat.repeat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close