Bantuan Kerajaan

ANIS Selangor: Cara Memohon Bantuan Anak Istimewa Selangor

Bagi warga Selangor yang mempunyai anak istimewa, anda kini boleh memohon menerusi bantuan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) dengan peruntukan sebanyak RM3.25 juta. Berikut adalah info lanjut tentang syarat kelayakan, tarikh permohonan, serta cara pemohonan ANIS.

ANIS Selangor: Bantuan Anak Istimewa Selangor

Untuk makluman, ANIS adalah bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi keluarga yang mempunyai tanggungan anak OKU berumur 18 tahun ke bawah bagi kegunaan mereka sewaktu kecemasan dengan bantuan one-off sehingga RM5,000 setahun. Tujuan ANIS diperkenalkan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga anak OKU terbabit. Permohonan ANIS telah dibuka secara atas talian bermula 15 Februari 2021.

Jenis Bantuan

Bagi pemohon ANIS yang layak, mereka akan menerima 4 jenis bantuan iaitu:

  • Makanan dan keperluan tambahan.
  • Pembelian atau pembaikian peralatan mesin.
  • Ubat-ubatan.
  • Pendidikan khas (terapi/kelas khas OKU).

Syarat Kelayakan

Pemohon yang ingin memohon ANIS perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  1. Ibu/bapa/penjaga tersebut mestilah lahir di Negeri Selangor atau bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor dengan minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
  2. Ibu/bapa/penjaga merupakan salah seorang pengundi di Negeri Selangor
  3. Permohonan hanya dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah sahaja.
  4. Anak mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (jika tiada Kad OKU)
  5. Jika penjaga merupakan ibu bapa angkat, maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan ANIS, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://www.anis.yawas.my/k_anis/anis/online.php.
  2. Masukkan no. kad pengenalan pemohon dan no. kad pengenalan anak.
  3. Isi maklumat dengan betul dan lengkap.
  4. Setelah selesai, cetak borang permohonan tersebut.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan dalam masa 14 hari.
  6. Permohonan perlu dihantar kepada :
    i) Email: daftaranis@gmail.com; atau
    ii) Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berhampiran; atau
    iii) Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen berikut perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan pasangan.
  3. Salinan Sijil Daftar/Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU.
  4. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
  5. Salinan kad pengenalan anak istimewa.
  6. Salinan Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak (jika tiada kad OKU).
  7. Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran di Selangor.
  8. Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor).
  9. Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebut harga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran (tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU).
  10. Salinan Semakan daftar Pemilih SPR di https://pengundi.spr.gov.my.

Semakan Status Permohonan

Selepas membuat permohonan, pemohon boleh menyemak status permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://www.anis.yawas.my/k_anis/anis/semakan.php.
  2. Masukkan no. kad pengenalan.
  3. Klik butang ‘Semak.’
  4. Keputusan status permohonan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Sekretariat ANIS di talian 03-5481 8800 serta email jabatananis@yawas.my atau melayari laman web ANIS di http://www.anis.yawas.my/.

Sumber: ANIS YAWAS

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close