News
Bazar Ramadan: Cara Mohon Permit Berniaga Bazar Ramadan 2021
Baru-baru ini, pihak kerajaan telah meluluskan pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri untuk tahun 2021. Mestilah ramai peniaga yang gembira dengan berita ini. Lebih-lebih lagi setelah lama gantung periuk akibat PKP dan PKP 2.0. Selain daripada itu, pihak kerajaan juga bersetuju membenarkan solat tarawih serta tadarus al-Quran dan tazkirah.
Cara Mohon Permit Berniaga Di Bazar Ramadan 2021
Namun prosedur operasi standard (SOP) bagi semua aktiviti ini perlu ketat serta dipatuhi semua pihak. Justeru, apabila penganjuran bazar dibenarkan, ada peniaga-peniaga baru yang ingin mencuba nasib tetapi masih tidak tahu dan tertanya-tanya langkah untuk berniaga di tapak bazar ramadhan. Dengan itu, di sini kami kongsikan cara untuk memohon tapak atau permit untuk berniaga di bazar ramadan.
1. Peniaga Wajib Ikuti Kursus Pengendalian Makanan
Setiap peniaga makanan dan minuman wajib melalui Kursus Pengendalian Makanan. Ada Pihak Majlis memandang serius keperluan sijil ini. Untuk mengelak daripada susah dikemudian hari, anda perlu hadir kursus ini.Anda hanya perlu luangkan masa 3-4 jam saja untuk menyertai kursus ini. Lagipun sijil ni sah seumur hidup. Bayaran pula tidaklah semahal mana dalam RM50.
Bayaran itu bergantung kepada pihak penganjur dan ada yang lagi murah daripada itu. Tapi sila pastikan pihak penganjur itu ada pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2. Penampilan Peniaga Di Bazar ‘Norma Baharu’
Pihak KKM memang menitikberatkan penampilan seorang pengendali makanan ataupun minuman. Ianya bagi mengelakkan pengguna atau pembeli mendapat kemudaratan berpunca daripada sumber makanan yang tidak bersih.
Sebagai peniaga, anda wajib untuk memenuhi enam ciri-ciri seorang pengendali makanan yang baik ini.
- Bagi peniaga, sentiasa memakai pelitup muka topi, serkup atau sebarang penutup kepala (jika jual makanan) yang dibenarkan.
- Memakai uniform atau pakaian bersama apron dalam keadaan yang bersih.
- Menanggalkan semua aksesori dan barang kemas pada jari dan tangan.
- Memakai kasut yang bersih dan tertutup.
- Memiliki kuku jari yang terpelihara – pendek, bersih dan tidak diwarnakan.
- Tidak mengaru-garu, merokok semasa menyediakan makanan, amalkan tingkahlaku yang baik.
Enam ciri-ciri amat dititikberatkan dalam setiap pengendali makanan ataupun minuman bagi memastikan makanan yang disediakan itu betul-betul selamat untuk dimakan. Jika ciri-ciri ini diabaikan, kemungkinan untuk berlakunya kes keracunan makanan adalah tinggi.
3. Suntik Typhoid
Untuk suntikan Typhoid pula adalah wajid diambil oleh setiap peniaga. Suntikan ini ada tarikh luput dia, bergantung kepada klinik yang anda pergi. Bayaran pula dalam RM30 untuk tempoh satu tahun. Ada juga klinik yang menawarkan suntikan untuk 2-3 tahun sekaligus.
Suntikan ini bertujuan mengelakkan pengendali makanan daripada dijangkiti penyakit tifoid dan mencegah penularan kepada orang awam melalui makanan atau minuman. Bila sudah selesai, anda akan diberikan surat akuan pemberian suntikan dan sebagai langkah berjaga-jaga kena pamerkan surat akuan ini semasa berniaga.
4. Tapak Bazar Harus Ditempah Awal!
Selalunya, permohonan tapak bazar perlu dibuat 1-2 bulan sebelum bermulanya bulan ramadan. Walaubagaimanapun dalam situasi sekarang, masih ada permohonan tapak bazar yang masih dibuka.
Cara Mohon Tapak Bazar Ramadhan
Anda hanya perlu buat carian di internet mengenai tapak bazar ramadhan di kawasan, daerah, negeri anda. Permohonan langsung boleh dibuat secara atas talian di laman web majlis daerah masing-masing. Paling penting pastikan di tapak tersebut ada ada kemudahan seperti surau, tandas, ruang parkir dan kawalan lalulintas.
Kongsi Info Ini Dengan Mereka Yang Memerlukan
Sekiranya info ini membantu, pastikan anda kongsikan artikel dengan orang yang memerlukan. Selamat berpuasa semua!
Sumber: Niaga Kini
Artikel Berkaitan: