News

“Salam Dine-In Dari Perlis”, Netizen Cemburu Orang Perlis ‘Flex’ Di Media Sosial

Sejak semalam, tiga negeri iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah diumumkan beralih ke Fasa 3 kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Terdapat beberapa kelonggaran mula diberikan dalam Fasa 3 PPN. Di Twitter, dapat dilihat banyak pengguna Twitter yang tinggal di Perlis berkongsi gambar mereka ‘dine in’ di kedai makan.

Netizen Gigit Jari Tengok Warga Perlis Dah Boleh Dine in

Rakyat di ketiga-tiga negeri ini sudah pasti teruja kerana terdapat beberapa kelonggaran mula diberikan dalam Fasa 3 PPN. Sehubungan itu, ianya mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen di negeri lain menyatakan rasa cemburu kerana warga Perlis sudah boleh makan di restoran sedangkan mereka masih perlu duduk di rumah.

Akhirnya Dapat Dine in Setelah Sekian Lama Hanya Bungkus Dan Makan Di Rumah Sahaja

Hasil tinjauan di media sosial, dapat dilihat ramai pengguna Twitter yang tinggal di Perlis berkongsikan gambar mereka ‘dine in’ di kedai makan. Berikut di bawah antara gambar yang dikongsikan oleh mereka di Twitter:

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan sudah rindu mahu makan di restoran seperti dahulu. Malah, ada juga yang mahu berpindah ke Perlis selepas melihat gambar-gambar orang Perlis ‘flex’ di media sosial.

Pastinya ramai sudah tidak sabar mahu seperti negeri Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang sudah beralih ke fasa 3. Sama-samalah kita menjaga diri dan patuh SOP untuk berjaya mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 ini.

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close